Pages

Monday, March 11, 2013

7 peringkat solat

1. Sembahyang orang jahil :
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun
dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak
belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya :
Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun
duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang
panjang-panjang.

2. Sembahyang orang lalai :
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat takbir, 'xpdc'
otak pun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,
sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam
sembahyang. Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,
tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri ... selesai.

Hakikatnya :
Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah
hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam
sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah :
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada
pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil
hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member dan
sebab-sebab lain.

Hakikatnya :
Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali
bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah :
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingatAllah.
Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila
mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya
sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang
sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dannafsu.

Hakikatnya :
Terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori
ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh :
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh
lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak
terasa olehnya.

Hakikatnya :
Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya
selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali :
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu
ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri dihadapan
Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap.
Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya :
Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak
terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul :
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan
Allah... ... tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya... ... .

Jadi, tingkat mana solat kita?

Maa ashobaka min hasanatin faminallah... wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

No comments:

Post a Comment