Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, March 11, 2013

Solat Sunat Dhuha: Fadhilat Dan Doa

Solat Sunat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik iaitu lebih kurang setengah jam selepas waktu syuruk. waktu ini dipanggil waktu dhuha. Boleh dianggarkan waktu dhuha bermula dari matahari naik setinggi 7 hasta han berakhir sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu zohor. Disunatkan melakukan solat sunat ini pada waktu matahari agak tinggi dan kita terasa bahang panas matahari.


Hukum mengerjakan solat sunat dhuha ialah sunat. al-Tirmizi meriwayatkan bahawa "Rasulullah s.a.w sentiasa mengerjakan solat sunat dhuha dan mengikut hitungan kami , boleh dikatakan baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha, tetapi jika Baginda meninggalkannya dan kami menghitungnya Baginda tidak pernah mengerjakannya".

Niat solat sunat dhuha mudah sahaja iaitu " Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala". solat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat atau8 rakaat atau 12 rakaat. Sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat.

Surah yang perlu dibaca ialah apa-apa surah yang mudah dibaca dan dihafaz. Walaubagaimanapun sebaik-baiknya pada rakaat pertama selepas membaca al-fatihah, dibaca ayat kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua dibaca surah al-ikhlas juga sebanyak 10 kali selepas membaca al-fatihah.

Dalam Kitab I'anatuh Thalibin ada menyebutkan bahawa jika solat sunat dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat, pada rakaat pertama membaca surah as-syam dan rakaat kedua dibaca surah adh-dhuha. Sekiranya dikerjakan lebih dari dua, baca surah yang sama seperti di atas dan setiap dua rakaat satu salam.

Banyak fadhilat yang diperolehi denganmengerjakan solat sunat dhuha ini. Sebaik-baiknya solat sunat ini diamalkan setiap hari kerana ia akan memberi banyak kebaikan kepada pengamalnya khususnya dimurahkan rezeki, diberi ketenangan dalam hidup dan diampunkan dosanya oleh Allah.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud "Sesiapa yang berjaya menjaga bilangan genap solat sunat dhuha secara berterusan, akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebayak buih di lautan".
Selepas melakukan solat sunat dhuha, kita dianjurkan membaca doa berikut :

"Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, kemegahan adalah kemegahan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

Ya Allah! Sekiranya rezekiku masih di atas langit, turunkanlah rezeki itu dan jika rezeki itu berada di dalam bumi, maka keluarkanlah ia, jika rezeki itu merupakan rezeki yang hara, maka halalkanlah (sucikanlah) ia, jika rezeki itu berada jauh, maka dekatkanlah ia.

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami seperti yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah! berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan jauhkanlah kami dari siksa api neraka.

Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat baginda sekalian. Segala Puji hanya bagi Allah, Tuhan alam semesta."

Demikianlah fadhilat dan doa solat sunat dhuha. Marilah kita memperuntukkan sedikit masa kita untuk mengerjakan solat sunat ini agar pintu rezeki kita yang sempit diluaskan, yang sedikit dibanyakkan, yang jauh didekatkan dan yang susah dipermudahkan.

Amin.

rujukan : Ustaz Johari Yaman

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...