Solat Kusuf (صلاة الكسوف) - Gerhana Matahari - 26/01/2009 - 4:30pm - 7:00pm
"Solat
sunat Kusuf merupakan solat sunat yang dilakukan ketika berlakunya
gerhana; samada gerhana bulan atau gerhana matahari. Hukum solat adalah
sunat mua'akkad; iaitu amalan sunat yang dituntut... .
Pada
26hb Januari 2009 ini akan berlaku gerhana matahari Anulus selama 3 jam
46 minit dimana ketika itu bulan akan menutupi matahari (tidak
sepenuhnya). Di Malaysia, gerhana matahari akan kelihatan dari jam
4:30pm hingga 7:00pm. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur waktunya
adalah dari 16:31:32 hingga 18:58:55. "
Sabda Nabi :saw
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله تعالى لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله تعالى وإلى الصلاة
“Sesungguhnya
matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran)
Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan
seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Maka apabila kamu melihat
gerhana, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan mendirikan
solat.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berikut merupakan artikel tentang Solat Sunat Gerhana dari laman web Masjid Negara
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)
Solat
Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat
Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau
matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat
Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat
Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya
cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau
keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya
bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan
bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali
samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini
berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada
tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah
sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis
ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak
lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim
inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.
Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya
gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa
berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan
mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu
bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita
hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila
berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk
memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini
jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam
membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat
gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru
sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya
: "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam
kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat
gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang
diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau
secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana
mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti
berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-
TARIKH: 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA: SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT: DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA
ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-
Disini!!!
SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment