Al Mubarak merupakan seorang khadam yang berkhidmat
kepada tuannya yang bernama Abu Musa. Sepeninggalan Abu Musa selama tiga
bulan, ladang delimanya diuruskan oleh Al Mubarak. Sekembalinya Abu
Musa dari musafir, beliau ingin makan buah delima dan meminta Al Mubarak
mengambilnya. Buah delima yang diambil oleh Al Mubarak itu didapati
masam. Lalu Abu Musa meminta mengambil buah delima lain. Buah delima
yang kedua itu juga rasanya masam. Dan yang ketiga juga rasanya masam.
Abu Musa yang kehairanan itu bertanya, "Selama
tiga bulan engkau menguruskan ladang delima aku ini, engkau tidak
dapatkah membezakan di antara yang manis dan yang masam? Apakah engkau
tidak merasainya?"
Maka dijawab oleh Mubarak, "Aku hanya
diamanahkan untuk menguruskan ladang tuan, aku telah menyempurnakan
amanah itu dan tuan tidak pernah menyatakan keizinan untuk memakan buah
delima di ladang tuan itu."jawapan Al Mubarak itu telah membuatkan
Abu Musa sangat tertarik hati dan Abu Musa telah mengetahui betapa
solehnya Al Mubarak itu.
Lantas Abu Musa telah mengahwinkan Al
Mubarak dengan anak gadisnya. Perkongsian hidup Al Mubarak dengan
isterinya yang merupakan anak kepada Abu Musa itulah maka lahirnya
seorang yang sangat warak bertaraf wali serta sangat luas dan dalam ilmu
pengetahuannya, iaitulah Abdullah bin Mubarak atau lebih dikenali
sebagai Ibnu Mubarak.
Datuknya, Abu Musa, pernah bertanya kepada
cucunya iaitu Ibnu Mubarak mengenai bahaya angkara nafsu.Maka dijawab
oleh Ibnu Mubarak seperti berikut:
Pertama:
Nafsu
yang telah menyebabkan Hawa berjaya digoda oleh syaitan menyebabkan dia
memakan buah dari pohon khuldi yang dilarang oleh Allah SWT. Itu
sebagai sebab Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.ha. terkeluar dari Syurga
dan terpisah mereka berdua untuk tempoh yang lama ketika berada di bumi.
Kedua:
Qabil
sanggup membunuh Habil kerana dorongan nafsu yang sangat ingin
berkahwin dengan adiknya, pasangan kembarnya sendiri yang tidak
dibenarkan oleh Allah SWT.
Ketiga:
Nabi Yusuf a.s. terpenjara lantaran kerakusan nafsu Zulaikha.
Kejahatan
atau angkara nafsu amat dahsyat. Apabila nafsu memegang tampuk
pemerintahan kuasa dalam did manusia, ianya akan bermaharajalela.
Apabila nafsu berkuasa dia akan mendorong manusia. berbuat apa saja.
Seribu satu macam kejahatan akan terjelma dalam kehidupan. Akan
terciptalah seribu satu macam kejahatan tanpa batas sempadan.
Undang-undang, akta dan peraturan tidak berguna lagi.
Nafsu yang
bermaharajalela dan tanpa batasan ini umpama banjir yang melanda apa
saja yang tidak dapat dibendung. Empangan pecah, benteng runtuh, pokok
tumbang, tanaman musnah, rumah ranap. Nafsu juga boleh diumpamakan ribut
taufan atau puting beliung yang menggila yang memusnahkan apa saja dan
segala benda. Kadang-kadang nafsu juga ibarat api yang tidak mengenal
mangsa yang membakar apa saja.
Demikianlah angkara nafsu manusia
kalau tidak dijaga, dikawal, dikekang dan ditundukkan. Lihat sahaja
realiti yang berlaku di dalam kehidupan manusia yang didorong oleh
nafsu. Sebut saja di aspek mana pun, berbagai kedurjanaan yang
menyebabkan manusia hidup terseksa. Bermula dengan individu yang
bernafsu besar, buas dan rakus. Hidupnya sekadar mahu memuaskan nafsu
saja tanpa mengira halal haram. Tamak haloba sering menguasai diri.
Egonya tinggi dan sangat mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja akan
berlaku kejam kepada orang lain malah kadang-kadang sampai membunuh did
kerana terjerumus kepada kekecewaan yang amat sangat.
Rumahtangga
pula tidak pernah aman tenteram. Krisis berlaku berpanjangan. Kasih
sayang terbarai. Ikatan kekeluargaan dan pertalian darah
terungkai.Pertengkaran, pertelingkahan malah penderaan sering berlaku.
Anak-anak menjadi mangsa dengan mengalami tekanan jiwa. Mana ada lagi
kebahagiaan. Akhirnya rumahtangga menjadi Neraka.
Sekiranya nafsu
rakus dan ganas ini dimiliki oleh pemimpin maka lebih besar dan lebih
luas lagilah daerah kedurjanaannya. Untung nasib rakyat dan negaranya
tidak diambil pusing. Habis kekayaan rakyat dan negara dibolotnya.
Perpecahan dan permusuhan yang terjadi di dalam negara di luar
perhitungannya. Kemungkaran dan kemaksiatan tidak diambil peduli. Apa
yang lebih penting ialah menjaga kedudukan. Peri kemanusiaan sudah
musnah. Jangan ada pihak yang cuba menasihati, lantas akan dianggap
penentang. Pengkritik dibariskan sebagai musuh yang mesti dilenyapkan.
Di kelilingnya dipenuhi oleh pengampu. Pengampu yang bersekongkol itu
juga turut serta dengan kerakusan nafsu. Golongan pengampu itulah yang
sering diletakkan sebagai wira bangsa dan pembela masa hadapan.
Kredibiliti atau kualiti kepimpinan pengampu itu tidak menjadi ukuran.
Apa yang lebih penting ialah saling bela-membela untuk kepentingan
masing-masing.Rintihan rakyat tidak didengarnya. Malah rakyat dalam
kesusahan itu pula menjadi sasaran kecaman dengan pelbagai label -
malas, lemah, tidak pandai cari peluang dan sebagainya.
Puluhan
tahun Hiroshima dan Nagasaki dibangunkan, hanya dengan sekelip mata
hancur musnah menjadi abu. Ratusan ribu manusia tidak berdosa mati dan
meninggalkan ratusan ribu pula janda dan yatim piatu.
Di
Afghanistan, daripada 22,000 kampung dan bandar, 19,000 musnah kerana
perang. 5 juta rakyatnya mati dan meninggalkan 7 juta janda dan anak
yatim.Sebut saja di mana dunia ini yang berlaku peperangan, maka di sana
terdapat pemimpin gila dan sakit jiwa. Semuanya adalah kesan daripada
nafsu yang berkuasa dan bermaharajalela.
Nafsu sifatnya
maknawiyah (abstrak). Maka nafsu juga hanya dapat ditundukkan oleh satu
kuasalain yang bersifat maknawiyah, iaitu iman dan tagwa. Hanya apabila
mana memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi barulah nafsu
dapat ditundukkan. Rasa takut dan cinta kepada Tuhan, hati menjadi
lembut dan dapat membunuh sifat mazmumah
No comments:
Post a Comment