Pengajaran penting dari Tsunami
Bismillaah Ar-Rahmaan Ar-Raheem
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah at-Taghabun:11]
Tsunami (atau dinding ombak) yang berlaku awal pagi ahad, telah diakibatkan oleh gempa bumi yang kuat di barat laut Sumatra, telah mengorbankan ribuan nyawa di kawasan sekitar, membunuh sekurang-kurangnya 100,000 nyawa. Jumlah mereka yang terkorban dijangka akan terus meningkat dalam masa beberapa hari akan datang apabila pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari di celah-celah kemusnahan. Kawasan yang paling teruk yang dilanda ialah di Sri Langka, Selatan India, Thailand, Malaysia dan Wilayah Islam Acheh. Tanpa sebarang
amaran, ombak setinggi 10 meter memusnahkan keseluruhan kampung, memusnahkan bot-bot nelayan dan menghanyutkan manusia, ramai dikalangan kanak-kanak dan orang tua ke tengah-tengah laut.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa takut dan mempunyai kesedaran ke hadrat Allah SWT dan berserah kepada takdir yang telah berlaku di sekeliling kita. Gempa bumi di selatan Asia telah menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. Tanpa syak, ia merupakan satu pengajaran dan satu peringatan kepada mereka yang beringat, agar mereka akan kembali kepada Tuhan mereka dan Pencipta mereka.
Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita bahawa gempa bumi adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Baginda memberitahu kita bahawa gempa bumi akan lebih banyak berlaku pada hari-hari terakhir bumi ini. Ahmad mengatakan dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga ilmu diangkat, masa berlalu dengan cepat, gempa bumi akan meningkat, munculnya fitan dan al-Harj akan meningkat. Para sahabat bertanya: "Apakah al-Harj, Ya
Rasulullah?" Baginda menjawab, "Al-Qatl (pembunuhan)". Dan dalam satu lagi hadith ketidakadilan dan penindasan dalam masyarakat dikaitkan dengan hukuman daripada Allah SWT seperti gempa bumi, kemusnahan tanaman oleh serangga dan banjir.
Dengan kesemua itu dalam pemikiran kita kita perlu melihat akibat dari gempa bumi ke atas negara-negara seperti Thailand, Sri Langka dan Indonesia. Tiga bulan selepas berlakunya serangan 11 September di Amerika dalam tahun 2001, Perdana Menteri Thailand yang beragama Buddha, Thaksin (bagi pihak rakyatnya) telah pergi ke Amerika telah menawarkan (untuk mengubah kepada kapitalisme) bahawa Thailand akan membantu Salibiyah Kristian dalam peperangan menentang keganasan (Islam). Semenjak itu, Thailand telah melibatkan anggota tenteranya
di luar Asia Tenggara buat kali pertama semenjak lebih dari 50 tahun ke tempat sejauh Afghanistan (di mana mereka tidak mempunyai sebarang urusan di sana). Para jurutera Thailand telah membantu membina semula Lapangan Terbang Nasional Afghanistan (untuk kegunaan tentera Salib Amerika dalam menurunkan bekalan dan anggota tentera mereka) dan telah membantu membangunkan semula infrastruktur negara tersebut (bertujuan untuk membantu projek re-kolonisasi).
Dalam negara Thailand sendiri, kerajaan Thai, dengan restu dari Amerika telah melakukan penindasan ke atas umat Islam dengan menzalimi dan membunuh mereka tanpa perasaan belas kasihan. Hanya bulan November yang lalu, TV menyiarkan gambar tentera Thailand menembak ke arah penunjuk perasaan yang tidak bersenjata di Wilayah Islam Pattani membunuh seramai 86 umat Islam secara kejam. Kritikan yang sama juga boleh ditujukan ke arah parti pemerintah United
Peoples Freedom Alliance (UPFA) di Sri Lanka, yang telah mendapat kuasa selepas pilihanraya pada 2 April 2004. Kerajaan Sri Langka telah menggugur kutukan mereka ke atas penaklukan AS ke atas Iraq dan menyokong penaklukan tersebut di bawah "perang menentang penganas", dan memberi sokongan penuh kepada Salibiyah Kristian yang berada di Rumah Putih. UPFA telah menyokong operasi ketenteraan Washington di Iraq. Malahan, kerajaan baru ini sedang meneruskan usaha untuk mengukuhkan pakatan ketenteraan dengan Washington dan
akan memberi kemdahan kepada kehadiran tentera Amerika di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Kepulauan Sri Langka terletak secara strategik di Lautan Hindi dan juga merupakan laluan terpenting untuk menyediakan bekalan kepada operasi AS di Timur Tengah, Asia Tengah (seperti Uzbekistan) dan Asia Selatan yang berpotensi. Semasa lawatan ke Amerika baru-baru ini oleh Menteri Luar Sri Langka, Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Richard Armitage telah memberi petunjuk dalam satu sidang akhbar berhubung dengan betapa pentingnya Sri Langka kepada strategi Amerika. "Bantuan Sri Langka kepada Amerika adalah penting ... . terutamanya berhubung dengan perang menentang keganasan," tegas
beliau tanpa memperincikannya. Kerajaan Sri Langka telahpun mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat di atas Perjanjian Access and Cross Servicing bagi membenarkan armada perang Amerika menggunakan kemudahan Sri Langka bagi mendapat minyak dan lain-lain kemudahan.
Begitu juga dengan Indonesia, negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia, Kerajaan Susilo Bambang Yudhoyono begitu aktif memerangi Islam di dalam dan luar negara, dengan secara terbuka menyokong polisi luar Amerika. Malahan, hanya minggu lalu, dalam perjumpaan dua hari Pemimpin Agama Asia Pasifik di Jawa Tengah, Presidennya mengatakan bahawa terrorism (Islam) sebagai musuh
seluruh agama (iaitu agama kufur ciptaan manusia seperti Kristian, Judaisme, Hinduisme dan juga agama Sekularisme dan Demokrasi) dan menggesa pemimpin agama agar menentangnya.
Dalam wilayah dipenghujung utara kepulauan Sumatra yang dikenali sebagai Acheh, tentera Indonesia telah lama memerangi mujahiddin yang mahu membebaskan diri mereka dari cengkaman kufur yang menyelubungi seluruh Indonesia dan membentuk sebuah pemerintahan Islam di mana undang-undang Islam (Syariah) ditegakkan. Kerajaan telah menggunakan istilah Amerika "memerangi keganasan" sebagai topeng bagi setiap tindakan zalim yang dilakukannya ke atas umat
Islam di wilayah tersebut. Amat menyedihkan apabila ramai yang terkorban di Indonesia datang dari wilayah Acheh, di mana lebih dari 40,000 umat Islam telah syahid dengan izin Allah. Sesungguhnya, bagi umat Islam, Ia tidak lebih dari ujian daripada Allah SWT bagi menguji keimanan mereka.
Allah SWT berfirman: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." [Surah al-Baqarah:214]
Ayat ini adalah bagi umat Islam yang masih tinggal di Acheh dan ditempat-tempat lain. Allah SWT telah meminta agar kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya dan meneruskan perjuangan untuk menjadikan Islam sebagai satu ideologi yang menyeluruh dan Allah SWT memberi jaminan bahawa kesabaran merupakan kemenangan yang paling besar, Insya Allah.
Di samping fakta ini, kesemua kerajaan ini begitu aktif memerangi Islam dan umat Islam samada secara nasional dan internasional, dan juga kebanyak rakyat mereka terlibat dalam perbuatan yang syirik yang menyeluruh (polithesime - iaitu menyekutukan Allah SWT samada dari segi nama, sifat atau perbuatan). Hampir keseluruhan wilayah di Selatan Asia di bayangi oleh Syirik. Di Thailand, India, Sri Langka, perbuatan syirik adalah berbentuk Rububiyyah. Kita dapat melihat begitu banyak patung-patung Buddha yang dibuat oleh manusia dengan tangan mereka sendiri seperti patung emas Buddha, Hanuman, Ganesh,
Ghandhi dan sebagainya. Manakala di Indonesia Syirik adalah berbentuk Uluhiyahdi mana mereka mengadakan hukum-hukum sendiri yang diluluskan di parlimen bagi mengantikan hukum ciptaan Allah SWT.
Tidak kira apakah bentuk kekufuran yang mereka lakukan, yang pasti ialah hukuman daripada Allah SWT di atas kekufuran mereka.
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." [Surah al-Baqarah:165]
Akhirnya, gempa bumi di Selatan Asia adalah merupakan amaran daripada Allah SWT, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan Ad-Deennya iaitu Islam. Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar, yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam, manakala ada yang secara tidak sedar menjadi kufur. Kita melihat mereka yang melengah-lengahkan dan ada yang meninggalkan solat, memakan makanan dan meminum minuman yang haram, mengamalkan riba, tidak menunaikan amanah, melakukan kerja-kerja mungkar dan mencegah yang ma'aruf, memerintah dengan menggunakan undang-undang kufur, menyokong dan membuat alasan bagi pemerintah mereka yang murtad dan kerajaan
mereka di bumi umat Islam, menyekutu sesuatu dengan Allah SWT samada dari nama-Nya, sifatnyanya dan perbuatannya, pergaulan bebas, mendedahkan aurat mereka, mendengar musik dan lagu atau mennton filem yang melalaikan dan maksiat, meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini telah lama wujud dalam masyarakat kita.
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dan menjadikan peristiwa yang berlaku ini sebagai amaran daripada Allah SWT. Allah SWT memberi kita peluang dan janganlah kita lalai mengenainya. Apa yang telah berlaku mungkin akan berlaku lagi jika sekiranya kita mengikuti jejak langkah syaitan dan menjauhkan diri dari Allah yang Maha Pengasih.
"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat merintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?"
[Surah al-Mulk 67:16-17]
Marilah kita merenung seketika dan menyoal diri sendiri apakah kesannya ke atas kita setelah kita melihat dan mendengar begitu banyak kejadian gempa bumi ini. Berbahagialah mereka mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. Dan amat malanglah mereka yang tidak mendapat pengajarannya dan menganggap bahawa kejadian ini hanyalah merupakan satu bencana alam yang biasa.
"Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)." [Surah al-Isra:59]
No comments:
Post a Comment