Pages

Thursday, January 31, 2013

Mutiara Kata 3


Memang SAKIT..ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain..hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih..akan tetapi PERCAYALAH, hal itu sesuatu yang TERBAIK dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, PILIHAN..di tentukan oleh yang MAHA KUASA.. Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita..namun MENANGISLAH saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan akan menimbulkan KEINDAHAN kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia BUKAN berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan..~ > Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah.. ♥♥ Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..♥
..........................................................................
 Pandang, Memandang & Melihat' Jangan pandang KEJAHATAN orang macam dia pasti ke NERAKA. Jangan pandang KEBAIKAN sendiri macam kita pasti ke SYURGA.
.............................................................................
perasaan cinta itu bukannya harus di DELETE tetapi perlu d HIDE AND SETTING untuk sementara waktu hingga tiba waktunya untuk di APPROVE AND APPLY oleh yang HALAL ~♥
...................................................................................
♥»» ✿BETAPA INDAHNYA (◕‿◕) CINTA ALLAH✿ ««˙♥ ·٠• ●Bila kita melihat ujian itu sebagai JALAN untuk mendapat keampunan ALLAH Maka hati akan menjadi TENANG dan akan lahirlah pengertian segala kesusahan itu sebagai bunga ♥CINTA♥ dari Allah● • SubhanALLAH!Indahnya CintaMU ^_^
............................................................................................
•. Bilamana aku BERUBAH, •. dari sejarah kehidupan yang biasa kepada peribadi hari ini yang semakin baik, •. janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku, •. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, •. cukuplah Allah sebagai saksi, •. Yang menghitungku, bukan kamu, dan bukan aku, •. Tetapi Allah Robb ku .. ^_^ ♥
.........................................................................................................................................................................
Dlm badan banyak air, tp bila kulit terluka darah yg keluar. Dlm hati banyak darah, tp bila hati terluka air mata yg keluar. MASYAALLAH Hebatnya ALLAH SWT
........................................................................................................................................................................
Orang kata pakaian kita tak "up-to-date". Tak pe, tak perlu rasa rendah diri. Allah tak pandang hambaNya pada jenis pakaiannya. Makin mahal pakaian kita, makin Allah pandang? Tak! Tapi makin kita ''update'' iman kita, makin 'mahal' nilainya. Nah, itulah yang Allah pandang..=)
.....................................................................................................................................................................
Maha adil Allah yg tidak meletakkan bhgia pd harta, nanti si miskin diabaikan. Maha adil Allah yg tidak meletakkan bhgia pd kesihatan, kelak yg sakit rasa dipinggirkan. Subhanallah DIA telah meletakkan bhgia pd HATI yg TENANG, sesuatu yg boleh dimiliki oleh semua manusia. ----------------------------------------------------------------- Kebagiaan itu bukan dihujung jalan ttp ia ada di sepanjang jalan "Not a destiny, but a journey".
...........................................................................................................................................................................
"...(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (Surah At-Tallaq, ayat 7) "...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Tallaq, ayat 2-3) Janganlah risau. Allah kan ada! ;)
..................................................................................................................................................................
~ Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar tidak terus leka kealpaan... Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!sesungguhnya ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.....
............................................................................................................................................................................
"Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan." "Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan."
................................................................................................................................................................
~ Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, kerana itu adalah yang terbaik untuk kita... =)
..................................................................................................................................................................
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman. "Attach your heart to Allah and you will never be let down." (Imam Zaid Shakir) ---------- Smile! :)
.........................................................................................................................................................
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka, Apa yang Allah aturkan buat kita, Adakala kita tersangat gembira. Adakala kita tersangat tidak suka, Aturan-Nya bukan pilihan kita, Namun, Jangan risau manusia Allah itu tuhan kita Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya Percayalah.... Dia tidak akan menduga hamba-Nya, Kecuali untuk melihat hamba-Nya, tersenyum di sana, tertawa di sana,berbahagia di sana, Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa. SubhanALLAH indahnya !
....................................................................................................................................................................
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
....................................................................................................................................................................
Bila ada orang tnya 'ada cinta hati/kekasih tak ?' Jawab dgn senyuman paling manis ' ada , selepas kahwin .. Insya-Allah :)
..........................................................................................................................................................................
Akhirnya, saya MENASIHATI pada diri : >>> Andai kamu BERUSAHA mencari REDHA manusia, jiwa kamu resah tidak sudah..berusahalah untuk REDHA ALLAH, sungguh DIA sentiasa bersamamu dan jiwa kamu pasti ada SAKINAH..(✿◠‿◠) "Barangsiapa yang REDHA terhadap apa yang menjadi SURATAN hidupnya, maka jiwanya akan menjadi TENANG menerima hal itu, dan ALLAH pun akan memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka PANDANGANNYA menjadi SEMPIT dan ALLAH juga tidak memberkatinya”. ✿(Hassan Al Bashri)✿
..........................................................................................................................................................................
~✿ Kadang-kadang kita TERLUPA, Kita JAUH daripada ALLAH SWT.. LALAI dalam MENJAGA HUBUNGAN kita denganNya.. Sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita sangat LEMAH bila DERITA menimpa.. Kerana kita RASA BANTUAN itu TIADA daripada-Nya.. Dan HATI berasa KOSONG akhirnya.. Namun, KEKOSONGAN itu perlukan UBATNYA.. Dan, UBATNYA adalah dengan MENDEKATKAN diri PADANYA... Biarlah DAHI kepada bumi MELEKAT dengan SUJUD yang penuh BERKAT P/s: KELUARLAH daripada kepompong DOSA, supaya diri dapat MENGISI KEKOSONGAN HATI dengan CINTANYA dan mampu TERBANG bebas dalam taman-taman SYURGA.. InsyaALLAH..✿ ✿
....................................................................................................................................................
apabila , SESEORANG itu , BERBICARA MERENDAHKAN DIRI KITA , itu bermakna , KITA BERADA DI KEDUDUKAN YANG LEBIH TINGGI BERBANDING DIRINYA ! p / s : muhasabah diri =)
................................................................................................................................................
Kadang-kadang , LEBIH BAIK MEMBIARKAN KESEDIHAN BERTANDANG, andai itu yang dapat " MEMBAWA " PULANG HATI KITA KEPADA - NYA , daripada , KEGEMBIRAAN yang akan " MELARIKAN " KITA JAUH DARIPADA - NYA ! p / s : RENUNGAN bersama ! =)
.................................................................................................................................................
KETIKA KAMU KEMBALI SEMULA KEPADA FITRAH , KEMBALI SEMULA KEPADA JALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT , SERTA , KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM YANG SEBENAR , ITULAH BUKTI ALLAH SWT MASIH , CINTA DAN KASIHKAN KAMU !! ^_^"
...............................................................................................................................................
ORANG YANG TABAH DAN KUAT IMANNYA , AKAN TERSENYUM DAN TIDAK AKAN MENANGIS , APABILA , MENERIMA SEGALA DUGAAN DARIPADA - NYA , KERANA , DIA TAHU , ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG BERLAKU ! ^_^"
...............................................................................................................................................
Bila tak sembahyang, Allah takkan peduli akan doanya, Tuhan tak terima. Jadi ibarat saja2 mu berdoa sedangkan mu tak sembahyang. Allah tak tengok pada mu. Nabi bg tau ke sahabat, org tak sembahyang ni time nak mati akan rasa lapar dan dahaga yg amat. Nabi kata segala sungai yg ada dlm dunia ni kalau dituang ke dlm mulutnya takkan hilang dahaga pasal tak sembahyang atau main2 dgn sembahyang. Orang yg tengok mmg tak nampak dia dahaga masa mati sbb yg merasa dia, bkn kita. Walaupon dia mati nampak senyap jer tapi Allah boleh buat dia rasa lapar dan dahaga dekat setahun. Kita mata yg melihat tak sama ngan bahu mayat yg memikul. [ Ustaz Azhar Idrus ]

Saturday, January 26, 2013

kisah bau KASTURI dan ZINA.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan. Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.. Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.” Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar. Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.” Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera. Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid. Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.. Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.. Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Mukjizat Al-Quran

AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.

Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.

Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.

Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.

Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran. 

Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.

Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.

Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.

Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya. 

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).

Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.

Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)

Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.

Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.

“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.

“Antara katanya, gajah... apa itu gajah... ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.

Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya. 

Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.

Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.

Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”

Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”

Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”

Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking. 

Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu. 

Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.

Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi... Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”

Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah. 

Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”

Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”

Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar. 

Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”

Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.

Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.

“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.

“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.

Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair. 

“Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah. 

“Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.

“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati... ” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

Friday, January 25, 2013

Hati yang lemah

Ketahuilah bahwasanya dalam tubuh ini ada segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, maka baik pula seluruh tubuhnya. Dan jika rusak segumpal daging segumpal daging tersebut, maka rusak pula seluruh tu-buhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati. (HR. Bukhari Muslim) 
Bagaimana kita dapat menjaga hati ini supaya selalu baik? Dimanakah letak hati? 
Manusia berbuat berdasarkan akal dan pikirannya. 
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: �Barangsiapa yang ingin meninggikan bangunan, maka hendaklah ia memantapkan fondasinya, menguatkan dan harus lebih memperhatikannya. Karena sesungguhnya tingginya bangunan itu sesuai dengan kuatnya fondasi dan kemantapannya. (Lihat Sittu Durari, karya Abdul Malik Rhamadhani, hal 13) 
Menjaga hati dapat kita lakukan dengan menjaga pikiran kita. Menjaga pikiran dari memikirkan hal-hal yang buruk dan kotor. 
Dengan menjaga hati yang lemah ini kita berusaha memantapkan fondasi bangunan kehidupan kita. 
Mari kita selalu berusaha istiqomah karena sesungguhnya istiqomah dalam agama ini (Islam) adalah sungguh berat. 
Wallahu a�lam.

Pengajaran penting dari Tsunami

Pengajaran penting dari Tsunami 
Bismillaah Ar-Rahmaan Ar-Raheem 
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah at-Taghabun:11] 
Tsunami (atau dinding ombak) yang berlaku awal pagi ahad, telah diakibatkan oleh gempa bumi yang kuat di barat laut Sumatra, telah mengorbankan ribuan nyawa di kawasan sekitar, membunuh sekurang-kurangnya 100,000 nyawa. Jumlah mereka yang terkorban dijangka akan terus meningkat dalam masa beberapa hari akan datang apabila pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari di celah-celah kemusnahan. Kawasan yang paling teruk yang dilanda ialah di Sri Langka, Selatan India, Thailand, Malaysia dan Wilayah Islam Acheh. Tanpa sebarang
amaran, ombak setinggi 10 meter memusnahkan keseluruhan kampung, memusnahkan bot-bot nelayan dan menghanyutkan manusia, ramai dikalangan kanak-kanak dan orang tua ke tengah-tengah laut. 

Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa takut dan mempunyai kesedaran ke hadrat Allah SWT dan berserah kepada takdir yang telah berlaku di sekeliling kita. Gempa bumi di selatan Asia telah menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. Tanpa syak, ia merupakan satu pengajaran dan satu peringatan kepada mereka yang beringat, agar mereka akan kembali kepada Tuhan mereka dan Pencipta mereka. 
Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita bahawa gempa bumi adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Baginda memberitahu kita bahawa gempa bumi akan lebih banyak berlaku pada hari-hari terakhir bumi ini. Ahmad mengatakan dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga ilmu diangkat, masa berlalu dengan cepat, gempa bumi akan meningkat, munculnya fitan dan al-Harj akan meningkat. Para sahabat bertanya: "Apakah al-Harj, Ya
Rasulullah?" Baginda menjawab, "Al-Qatl (pembunuhan)". Dan dalam satu lagi hadith ketidakadilan dan penindasan dalam masyarakat dikaitkan dengan hukuman daripada Allah SWT seperti gempa bumi, kemusnahan tanaman oleh serangga dan banjir. 

Dengan kesemua itu dalam pemikiran kita kita perlu melihat akibat dari gempa bumi ke atas negara-negara seperti Thailand, Sri Langka dan Indonesia. Tiga bulan selepas berlakunya serangan 11 September di Amerika dalam tahun 2001, Perdana Menteri Thailand yang beragama Buddha, Thaksin (bagi pihak rakyatnya) telah pergi ke Amerika telah menawarkan (untuk mengubah kepada kapitalisme) bahawa Thailand akan membantu Salibiyah Kristian dalam peperangan menentang keganasan (Islam). Semenjak itu, Thailand telah melibatkan anggota tenteranya
di luar Asia Tenggara buat kali pertama semenjak lebih dari 50 tahun ke tempat sejauh Afghanistan (di mana mereka tidak mempunyai sebarang urusan di sana). Para jurutera Thailand telah membantu membina semula Lapangan Terbang Nasional Afghanistan (untuk kegunaan tentera Salib Amerika dalam menurunkan bekalan dan anggota tentera mereka) dan telah membantu membangunkan semula infrastruktur negara tersebut (bertujuan untuk membantu projek re-kolonisasi). 

Dalam negara Thailand sendiri, kerajaan Thai, dengan restu dari Amerika telah melakukan penindasan ke atas umat Islam dengan menzalimi dan membunuh mereka tanpa perasaan belas kasihan. Hanya bulan November yang lalu, TV menyiarkan gambar tentera Thailand menembak ke arah penunjuk perasaan yang tidak bersenjata di Wilayah Islam Pattani membunuh seramai 86 umat Islam secara kejam. Kritikan yang sama juga boleh ditujukan ke arah parti pemerintah United
Peoples Freedom Alliance (UPFA) di Sri Lanka, yang telah mendapat kuasa selepas pilihanraya pada 2 April 2004. Kerajaan Sri Langka telah menggugur kutukan mereka ke atas penaklukan AS ke atas Iraq dan menyokong penaklukan tersebut di bawah "perang menentang penganas", dan memberi sokongan penuh kepada Salibiyah Kristian yang berada di Rumah Putih. UPFA telah menyokong operasi ketenteraan Washington di Iraq. Malahan, kerajaan baru ini sedang meneruskan usaha untuk mengukuhkan pakatan ketenteraan dengan Washington dan
akan memberi kemdahan kepada kehadiran tentera Amerika di Timur Tengah dan Asia Tengah. 

Kepulauan Sri Langka terletak secara strategik di Lautan Hindi dan juga merupakan laluan terpenting untuk menyediakan bekalan kepada operasi AS di Timur Tengah, Asia Tengah (seperti Uzbekistan) dan Asia Selatan yang berpotensi. Semasa lawatan ke Amerika baru-baru ini oleh Menteri Luar Sri Langka, Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Richard Armitage telah memberi petunjuk dalam satu sidang akhbar berhubung dengan betapa pentingnya Sri Langka kepada strategi Amerika. "Bantuan Sri Langka kepada Amerika adalah penting ... . terutamanya berhubung dengan perang menentang keganasan," tegas
beliau tanpa memperincikannya. Kerajaan Sri Langka telahpun mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat di atas Perjanjian Access and Cross Servicing bagi membenarkan armada perang Amerika menggunakan kemudahan Sri Langka bagi mendapat minyak dan lain-lain kemudahan. 

Begitu juga dengan Indonesia, negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia, Kerajaan Susilo Bambang Yudhoyono begitu aktif memerangi Islam di dalam dan luar negara, dengan secara terbuka menyokong polisi luar Amerika. Malahan, hanya minggu lalu, dalam perjumpaan dua hari Pemimpin Agama Asia Pasifik di Jawa Tengah, Presidennya mengatakan bahawa terrorism (Islam) sebagai musuh
seluruh agama (iaitu agama kufur ciptaan manusia seperti Kristian, Judaisme, Hinduisme dan juga agama Sekularisme dan Demokrasi) dan menggesa pemimpin agama agar menentangnya. 

Dalam wilayah dipenghujung utara kepulauan Sumatra yang dikenali sebagai Acheh, tentera Indonesia telah lama memerangi mujahiddin yang mahu membebaskan diri mereka dari cengkaman kufur yang menyelubungi seluruh Indonesia dan membentuk sebuah pemerintahan Islam di mana undang-undang Islam (Syariah) ditegakkan. Kerajaan telah menggunakan istilah Amerika "memerangi keganasan" sebagai topeng bagi setiap tindakan zalim yang dilakukannya ke atas umat
Islam di wilayah tersebut. Amat menyedihkan apabila ramai yang terkorban di Indonesia datang dari wilayah Acheh, di mana lebih dari 40,000 umat Islam telah syahid dengan izin Allah. Sesungguhnya, bagi umat Islam, Ia tidak lebih dari ujian daripada Allah SWT bagi menguji keimanan mereka. 

Allah SWT berfirman: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." [Surah al-Baqarah:214] 

Ayat ini adalah bagi umat Islam yang masih tinggal di Acheh dan ditempat-tempat lain. Allah SWT telah meminta agar kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya dan meneruskan perjuangan untuk menjadikan Islam sebagai satu ideologi yang menyeluruh dan Allah SWT memberi jaminan bahawa kesabaran merupakan kemenangan yang paling besar, Insya Allah. 
Di samping fakta ini, kesemua kerajaan ini begitu aktif memerangi Islam dan umat Islam samada secara nasional dan internasional, dan juga kebanyak rakyat mereka terlibat dalam perbuatan yang syirik yang menyeluruh (polithesime - iaitu menyekutukan Allah SWT samada dari segi nama, sifat atau perbuatan). Hampir keseluruhan wilayah di Selatan Asia di bayangi oleh Syirik. Di Thailand, India, Sri Langka, perbuatan syirik adalah berbentuk Rububiyyah. Kita dapat melihat begitu banyak patung-patung Buddha yang dibuat oleh manusia dengan tangan mereka sendiri seperti patung emas Buddha, Hanuman, Ganesh,
Ghandhi dan sebagainya. Manakala di Indonesia Syirik adalah berbentuk Uluhiyahdi mana mereka mengadakan hukum-hukum sendiri yang diluluskan di parlimen bagi mengantikan hukum ciptaan Allah SWT. 

Tidak kira apakah bentuk kekufuran yang mereka lakukan, yang pasti ialah hukuman daripada Allah SWT di atas kekufuran mereka. 
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." [Surah al-Baqarah:165] 

Akhirnya, gempa bumi di Selatan Asia adalah merupakan amaran daripada Allah SWT, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan Ad-Deennya iaitu Islam. Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar, yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam, manakala ada yang secara tidak sedar menjadi kufur. Kita melihat mereka yang melengah-lengahkan dan ada yang meninggalkan solat, memakan makanan dan meminum minuman yang haram, mengamalkan riba, tidak menunaikan amanah, melakukan kerja-kerja mungkar dan mencegah yang ma'aruf, memerintah dengan menggunakan undang-undang kufur, menyokong dan membuat alasan bagi pemerintah mereka yang murtad dan kerajaan
mereka di bumi umat Islam, menyekutu sesuatu dengan Allah SWT samada dari nama-Nya, sifatnyanya dan perbuatannya, pergaulan bebas, mendedahkan aurat mereka, mendengar musik dan lagu atau mennton filem yang melalaikan dan maksiat, meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini telah lama wujud dalam masyarakat kita. 

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dan menjadikan peristiwa yang berlaku ini sebagai amaran daripada Allah SWT. Allah SWT memberi kita peluang dan janganlah kita lalai mengenainya. Apa yang telah berlaku mungkin akan berlaku lagi jika sekiranya kita mengikuti jejak langkah syaitan dan menjauhkan diri dari Allah yang Maha Pengasih. 
"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat merintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?"
[Surah al-Mulk 67:16-17] 

Marilah kita merenung seketika dan menyoal diri sendiri apakah kesannya ke atas kita setelah kita melihat dan mendengar begitu banyak kejadian gempa bumi ini. Berbahagialah mereka mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. Dan amat malanglah mereka yang tidak mendapat pengajarannya dan menganggap bahawa kejadian ini hanyalah merupakan satu bencana alam yang biasa. 
"Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)." [Surah al-Isra:59] 

Akhirat Itu Dekat

Seorang yang terkenal dengan ilmunya yang luas serta mempunyai murid yang ramai. Bukan sedikit para tabi'in yang mengambil riwayat darinya seperti Sufyan bin 'Uyainah, Sufyan Atsauri, Sa'id bin Musayyib dan ramai lagi. Sebagai seorang penidik, dia sering menasihati muridnya untuk tetap teguh berjalan di atas kemuliaan dan menjaga akhlak. Melalui keduanya inilah ilmu itu terjaga kebersihannya. 

Pada suatu ketika beliau berkata : "Sesungguhnya engkau tidak akan mampu menjadi orang yang berilmu kecuali jika memiliki tiga sifat ini. Pertama, tidak sombong kepada orang yang lebih tinggi di atasmu. Kedua, tidak menghina orang yang lebih rendah darimu. Dan ketiga, engkau tiak mencari dengan ilmumu itu kesenangan dunia." 
Beliau juga pernah menasihati anaknya, dengan ungkapan : "Wahai anakku, ikutilah orang yang takut kepada Allah dalam bersendirian, menjaga diri dari perbuatan yang tercela. Yang berbuat baik sewaktu muda dan tidak menundanya hingga usia senja. Anakku, setiap matahari terbit, datang hari baru. Setiap itu dalam diri manusia bertarung antara ilmunya dan hawa nafsunya. Jika ilmunya menang, beruntunglah dia. Tapi jika hawa nafsu menang, celakalah dia." 

Ketaatan setiap saat 
Qanaah dan zuhud merupakan salah satu sifat beliau yang menonjol. Dengan begitu yakin beliau berkata : "Sesungguhnya dunia itu ada dua bahagian. Sebahagian untuk aku dan sebahagian lagi untuk orang lain. Apa yang untuk orang lain tidak akan mampu aku perolehi walau dengan apa cara sekali pun. Sesungguhnya rezeki orang lain tidak akan atang paaku, sebagaimana rezekiku tidak akan lari ke tangan orang lain." 
Pada waktu yang lain beliau pernah mengungkapkan: "Aku hanya memiliki ua harta. Tsiqah (percaya sepenuhnya) kepada Allah dan tidak mengharap apa yang ada di tangan orang lain. Jika apa yang sederhana dari dunia ini tiak mampu mencukupi engkau, maka tiak ada sesuatu di dunia ini mampu memuaskan hatimu. 
Suatu hari ketika musim sejuk tiba, isteri beliau dengan hormat menyampaikan bahawa mereka perlu menyiapkan pakaian, makanan, kayu bakar dan keperluan lain untuk menghadapi musim sejuk yang semakin hampir. Namun beliau menasihati isterinya : "Apa yang kau minta itu sebahagiannya memang perlu. Tetapi jangan lupa siapkanlah untuk sesuatu yang pasti terjadi. Iaitu kematian, kemudian hari kebangkitan, seterusnya berdiri di hadapan Allah, seterusnya syurga atau neraka�" 
Ketaatannya pula menyebabkan orang yang melihatnya menjadi hairan. Malah ada yang menganggap ketaatannya itu suatu yang terlalu berlebih-lebihan. Ketika mendengar komen yang sedemikian rupa, beliau menjelaskan : "Bagaimana aku tidak beramal seperti ini, seangkan aku diintai oleh 14 jenis musuh. Empat di antaranya adalah syaitan yang memperdayakan, mukmin yang dengki, orang kafir yang ingin membunuh dan munafik yang benci. Manakala yang sepuluh lagi adalah kelaparan, kehausan, kepanasan, kedinginan, kekurangan pakaian, tua, kemiskinan, kematian dan satu lagi yang namun yang paling mengerikan, neraka. Aku tidak mungkin melawan semua itu kecuali dengan senjata yang baik. Dan aku tidak melihat senjata itu kecuali taqwa kepada Allah SWT." Tambah beliau lagi : "Jika engkau dibenci oleh seorang muslim, lebih baik bagimu daripada dicintai orang yang fasik." 
Beliau sering membersihkan dirinya dari segala penyakit hati, seperti ujub, takabbur dan sebagainya. Beliau menyedari bahawa semua amalnya akan menjai sia-sia dengan setitik nila yang menguasai dirinya. Beliau mengungkapkan kata-kata tentang perkara ini : "Sesungguhnya ada orang yang berbuat baik namun merasa sombong dan yakin amalnya iterima Allah. Sementara ada orang yang melakukan kesalahan, tetapi hatinya terseksa kerana takut kepada Allah. Padahal boleh jai Allah membinasakan amal orang yang pertama dan mewafatkan orang keua dalam keadaan bertaubat kepaa Nya." 
Inilah asas-asas utama yang digunakan beliau untuk menata hatinya. Betapa ia sangat takut kalau amal-amal yang ilakukannya tidak iterima Allah SWT. 

Memandang Dunia 
Beliau pernah mengatakan : "Sesungguhnya urusan agama dan dunia amat berat. Urusan agama, engkau menanggungnya sendiri. Sedang urusan dunia, setiap kali tanganmu hendak mencapainya, sudah ramai orang yang mendahuluinya." Meskipun demikian, dia tetap meletakkan segalanya di atas neraca yang benar. 
Suatu hari, Abdur Rahman bin Zaid datang menemui beliau dan meminta nasihat tentang keadaan hatinya yang terlalu cinta kepada dunia. Setelah mengetahui maksud rakannya itu, beliau berkata, "Saudaraku, soal suka kepada dunia, aku sendiri tidak mampu untuk mencelanya. Hatiku juga telah dijadikan Allah suka kepada sebahagian arinya. Namun mudah-mudahan bukan kerana fitrah ini menggugat diri kita. Yang penting, rasa suka itu jangan sampai menjadikan kita melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sebagaimana pula keengganan kita kepada dunia, jangan sampai menjadikan kita menolak apa-apa yang disukai Allah. Jika kita mampu menata hati kita sedemikian rupa, nescaya rasa suka kita kepada dunia tidak akan memberi mudharat apa-apa kepada kita." 
Sesungguhnya inilah sikap yang mulia. Dengan berbekalkan sikap inilah manusia akan mampu menemui bahtera yang menyelamatkan dirinya dalam mengharungi lautan ombak dan badai kehidupan dunia yang fana ini. 
Walau pun mencintai dunia di atas neraca yang benar dibolehkan, beliau tetap meyakini bahawa dunia adalah godaan yang begitu mudah memungkinkan manusia itu tergelincir dari landasan yang betul. 
"Banyak perkara-perkara kecil dari urusan dunia yang boleh melalaikan urusan-urusan besar di akhirat," katanya. Oleh itu, di luar keperluan normal, beliau tetap memandang dunia sebagai sesuatu yang yang tidak seberapa berbanding kehidupan akhirat. Perhatikanlah kata-katanya ini : "Apalah ertinya dunia ini, yang telah berlalu adalah mimpi. Dan yang tersisa adalah khayalan dan harapan." 
Dalam menghadapi hidup yang penuh dengan kekejian dan kotor ini, beliau telah menunjukkan suatu rumusan ringkas yang berbunyi: "Apa yang kau lihat akan membawa kepad kebaikan, lakukanlah. Walau pun orang lain memandang itu buruk. Dan apa saja yang kau lihat akan membawa kamu kepada kebinasaan, tinggalkanlah. Meskipun orang lain memandangnya suatu kebaikan." 
Pada ketika lain beliau juga pernah mengatakan : "Ada dua langkah mudah untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Lakukanlah apa yang kau benci jika hal itu adalah sesuatu yang disukai oleh Allah. Dan tinggalkanlah apa yang kau sukai jika hal itu adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah." 
Nikmat yang dianugerahkan Allah kepada manusia tidak selamanya bererti menjai tanda cinta Allah kepadanya. Demikian juga musibah dan bencana yang ditimpakan Nya kepada para hamba, belum tentu menjadi bukti kebencian Nya kepaa hamba tersebut. Hanya seorang mukmin yang beriman dengan sebenarnya, yang mampu merasakan bahawa segala yang ditetapkan Allah atas dirinya adalah yang terbaik bagi dirinya. 
Oleh itu, beliau telah memberi nasihat kepada kita akan pentingnya mensyukuri nikmat dan kurnia Allah. Meyakini bahawa apa yang diberikan oleh Allah adalah kebaikan yang tidak terkira jika dibandingkan dengan kesulitan yang di alami manusia. Pesan beliau : "Barangsiapa mengetahui hakikat dunia, tidak akan terlalu gembira dengan nikmat dunia dan tidak akan berdukacita dengan musibahnya." 

Sikap Beliau Terhadap Penguasa 
Beliau meyakini bahawa terlalu hampir dengan penguasa pada zamannya boleh meerosakkan agama. Oleh itu beliau terkenal dengan ketegasan dan kekerasan sikapnya terhaap para penguasa. Malah beliau benci kepaa para ulamak yang mengakrabkan diri dengan para penguasa. Kadang-kadang sikap beliau ini dipandang "aneh" pada pandangan ulamak lain. Namun dengan tegas dan tegar beliau berkata: "Sebaik-baik penguasa adalah yang mencintai ulamak. Dan seburuk-buruk ulamak adalah yang mencintai penguasa." 
Pada suatu ketika beliau telah diminta oleh Sulaiman bin Abdul Malik (salah seorang pemerintah Bani Umayyah) untuk menasihati diri Sulaiman. Peluang dan kesempatan keemasan ini tidak beliau sia-siakan. Begitu panjang lebar beliau menyampaikan nasihat, di antaranya : "Wahai Amirul Mukminin, kita takut kepada kematian, kerana kita memakmurkan dunia dan menggersangkan akhirat. Akhirnya, kita pun enggan meninggalkan tempat yang makmur menuju tempat yang gersang tadi. Sesungguhnya orang-orang yang soleh ketika mengadap kepada Allah adalah bagaikan orang yang pulang kepada keluarganya dengan penuh kerinduan kerana telah musafir begitu jauh. Adapun orang yang tidak baik ketika kembali mengadap Allah adalah bagaikan seorang hamba yang melarikan diri dari Tuannya, lalu ditangkap dan diheret pulang." 
Nasihat yang begitu menyentuh hati itu menyebabkan Sulaiman tidak mampu menahan deraian dan esakan tangisnya. Semakin lama tangisan itu semakin kuat. Ketika itu beliau menambah lagi nasihatnya : " "Wahai Amirul Mukminin, orang yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Orang yang berakal adalah orang yang taat kepada Allah, beramal dan mengajak orang kepada ketaatan itu. Manakala orang yang paling bodoh adalah orang yang zalim lagi tenggelam dalam hawa nafsunya. Ia rela menjual akhiratnya dengan hawa nafsunya." 

Kembali Mengadap Ilahi 
Jiwa yang mulia ini telah mengisi peranan usianya dengan berjaya dan cemerlang. Akhirat yang dekat menjadikannya beliau sentiasa mengingati kematian setiap saat. Pernah suatu hari beliau berkata penuh tawadhu' kepada muridnya Abu Dawud Addhorir : " Kita ini tidak mahu mati sebelum bertaubat. Padahal kita tidak mahu bertaubat kecuali setelah kematian itu datang. Ketahuilah, kematian orang seperti kita ini tidak akan menggoncangkan keadaan. Sesungguhnya diri kita itu kecil, maka kenalilah dirimu baik-baik." 
Begitulah, teladan agung itu mengakhiri hidupnya. Meninggalkan suri teladan harum mewangi sepanjang zaman. Ketika ajalnya menjemput, Mutharrif, yang menunggunya sempat bertanya: "Bagaimana keadaan engkau wahai saudaraku?" Dengan tenang beliau menjawab, "Aku dalam keadaan baik. Penuh pengharapan kepada Allah, berbaik sangka kepada Nya. Demi Allah, tidaklah sama orang-orang yang pergi pagi pulang petang demi menyiapkan kampung akhiratnya dengan orang yang pergi pagi pulang petang hanya demi kemakmuran dunianya." 
Pada tahun 140 Hijriah, beliau pergi menemui Kekasihnya. Kembali kepada Tuannya menanti balasan segala jerih payahnya yang tidak akan sia-sia. Diri yang mulia ini adalah Salamah bin Dinar atau lebih dikenali sebagai Abu Hazim

Doa dihari Jumaat

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Mencabut Nyawa

.. Pernahkah kita, sedang duduk-duduk santai, tiba-tiba diganggu gugat oleh satu bunyi berdesing di telinga? Tahukah anda semua bunyi berdesing itu adalah dari pokok yang rimbun daunnya di langit ke -7, menyisipkan nama semua makhluk Allah hidup. Andai daun tersebut jatuh, maka malaikat maut akan tahu tugas beliau akan datang sebentar lagi, mencabut nyawa. andai bunyi berdesing di telinga kita itu adalah dari geseran daun yang jatuh dari pohon tersebut..Andai ditakdirkan semasa daun yang luruh itu, bersentuh daun yang mewakili nama kita, lalu jatuh bersama..Allah Huakbar..

Pejuang Agama Yang Fajir


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya lebih kurang: Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat). Hadis riwayat Bukhari.
Rasulullah s.a.w. mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam mengambil sikap yang bijaksana apabila hal ini terjadi kepada mereka pada bila-bila waktu. Baginda mendedahkan bahawa barisan pejuang dan pendukung Islam tidak selamanya terdiri daripada manusia mujahid mukmin yang soleh yang berjuang dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan Islam demi mematuhi seruan Allah dan mencari keredaanNya. Di dalam barisan itu tidak jarang terdapat manusia-manusia jahat (fajir) yang bergelumang dalam maksiat, yang berjiwa munafik dan tidak beriman turut berjuang menegakkan Islam dengan motif yang bukan kerana Allah. Mereka pada lahirnya berjuang begitu gigih memperkuatkan kedudukan Islam dan Islam benar-benar mendapat kekuatan daripada perjuangan mereka. Tetapi perjuangan mereka itu walaupun pada lahirnya merupakan jasa-jasa yang baik kepada Islam, namun tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah S.W.T. kerana perjuangan dan jihad yang sebenar harus terpancar dari iman dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah dan RasulNya.
Siapakah manusia fajir atau manusia jahat itu?
Kata al-Maraghi manusia fajir ialah orang yang melanggar undang-undang Allah dan mencabul kehormatan-kehormatannya.
Kata al-Raghib al-Asfahani perbuatan fajir (kejahatan) ialah perbuatan mencabul kehormatan agama. Seseorang pembohong dianggap sebagai seorang yang fajir kerana berdusta merupakan sebahagian dari fajir (kejahatan).
Kata Ibn Athir pula ‘manusia fajir ialah orang yang bergelumang dalam maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.
Intisari dari takrif-takrif tersebut menetapkan bahawa yang dikatakan ‘manusia fajir’ atau jahat yang didapati berjuang menegakkan agama Allah itu ialah manusia-manusia yang mengerjakan maksiat-maksiat dan kefasikan-kefasikan yang diharamkan Islam.
Menurut al-Hafani: Termasuk dalam golongan manusia fajir ialah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya.
Sementara al-Manawi pula memasukkan pemerintah yang zalim dalam golongan manusia fajir.
Menurut al-Hafani ketika menghuraikan asal-usul hadis ini bahawa Rasulullah s.a.w. telah melafazkan hadis ini ketika beliau melihat seorang perajurit berperang begitu hebat dalam pertempuran Khaibar dan berjaya mengalahkan orang-orang kafir sedangkan dia sendiri munafik lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada para sahabat bahawa orang itu adalah dari penghuni neraka. Keterangan itu telah menghairankan para sahabat kerana lelaki itu telah berjuang menewaskan orang-orang kafir dan dia sendiri mendapat luka yang parah. Apabila tiba waktu malam lelaki itu tidak juga mati lalu dia pun membunuh dirinya kerana tidak sanggup menderita, apabila berita pembunuhan dirinya disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. baginda pun bersabda:
“Aku adalah hamba Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir”
Inilah peristiwa yang melahirkan hadis ini dan ia merupakan satu garis contoh yang amat jelas bagaimana seorang barmati-matian berjuang dalam barisan memperteguhkan Islam sedangkan dirinya seorang fajir yang munafik dan bagaimana perjuangan yang bermotif munafik iti tidak menyelamatkannya dari neraka dan bagaimana seorang pejuang Islam yang fajir itu memperlihatkan kelakuan-kelakuan yang bertentangan dalam perjuangannya untuk menguatkan Islam.
J. Milton Cowan ketika memberi erti kepada kata-kata ‘fajir’ dalam kamusnya telah membariskan sifat-sifat jahat dan keji seperti berikut:
Libertine, Profligate, debauchee, roué, rake adulterer, liar, Insolent, impudent, Shameless, brazen.
(Suka berzina, tidak menghormati wanita, cabul, candala, hamba nafsu, berakhlak jahat, tidak bermoral, jahat dan kejam, pembohong, kasar budi, tak bermaruah dan tak punya rasa malu dan apa yang dimaksudkan beliau itu tidak terkeluar dari kehendak-kehendak dan maksud kata-kata ‘fajir'.)
Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga ke masa kini terdapat contoh-contoh yang kaya yang menunjukkan batapa manusia-manusia yang fajir itu dapat mengabui mata orang-orang Islam dengan perjuangan-perjuangan mereka yang gigih untuk menegakkan Islam,sedangkan perjuangan mereka bukanlah hasil dari dorongan iman dan motif pencari keredaan Allah dan kelakuan mereka sentiasa bergelumang dalam segala macam maksiat yang keji. Wassalam.

... ... kita hanya boleh menilai orang dari segi zahir sahaja sedangkan batinnya terserah kepada Allah s.w.t... ... ... ..ampunilah kami ya Allah... ... ... ... ... ...