(MINTA AMPUNAN NYA)
BIMBINGAN HIDUP MUKMIN
Bertaubatlah
kamu kepada Allah, hai orang2 yang beriman supaya kamu untung(bahagia)
An:Nur:31
Mintlah
ampun pada tuhanmu dengan membaca istighfar, dan kembali bertaubatlah
kepadaNya. (Hud:3)
Hai sekalian
orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh2 AtTahrim:8
Demi Allah,
sesungguhnya saya membaca istighfar(minta ampun) dan bertaubat pada Allah tiap
hari lebih dari tujuh puluh kali (Bukhari)
Hai para
manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan istighfarlah(minta ampun),
kepadaNya, maka saya bertaubat padaNya, tiap hari 100 kali. (HR. Muslim)
Sesungguhnya
Allah membuka tangan rahmatnya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang
melanggar pada siang hari juga mengulurkan tangan kemurahannya pada waktu
siang, supaya bertaubat orang yang berdosa pada malam hari, keadaan itu tetap
terus hingga matahari terbit dari sebelah barat.(hadis qudsi)
Siapa yang
bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah menerima taubat dan
memaafkannya. (Muslim)
Sesungguhnya
Allah s.w.t. tetap menerima taubatnya selama roh(nyawanya) belum sampai di
halkum (hamper mati)
Andaikata
seorang anak adam(manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti ia ingin mempunyai
dua lembah emas dan tiada yang dapat menutup mulutnya(tidak ada yang
menghentikn kerakusan kepada dunia) kecuali tanah(maut). Dan Allah berkenaan
member taubat pada siapa saja yang bertaubat(bukhari-muslim)
Taubat
nasuhah(taubat yang suci bersih itu ialah: merasa menyesal dihati, lisannya
mohon ampun, segera berhenti berbuat maksiat dan niat yang tulus ikhlas. Tidak
akan kembali mengulangi semua larangan Allah s.w.t. (ibnu abbas)
Taubatnya
orang2 pendusta ialah diatas ujung lidahnya. (ahli hikmat)
Dari Abu
Hurairah r.a. bahwasanya Rasullulah s.a.w. bersabda: segeralah kamu melakukan
amal soleh kerana didunia ini banyak sekali fitnah, laksana gumpalan2 malam
yang penuh dengan kegelapan, mungkin jadi seseorang pada pagi hari beriman dan
petang harinya menjadi kafir atau petang
ia beriman, sedangkan pagi harinya ia telah kufur. Dia menjual agamanya dengan
harta yang sedikit. (HR.Muslim)
Bagi tiap2 penyakit ada ubatnya, dan ubat dosa yang paling mujarab adalah memohon ampunan(taubat) (HR. Dailani)
No comments:
Post a Comment