Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, August 31, 2012

Kita Adalah Apa Yg Kita Fikirkan

Jika Anda dilanda masalah, berada dalam masalah dan rasa sakit hati sebab timbulnya masalah dengan tiba-tiba, jangan asyik fikir masalah tu.. sebab, jika Anda memikirkan masalah, akan banyak lagi masalah yang akan datang pada Anda. 
Fikiran kita mengeluarkan gelombang. Gelombang ni pula boleh diukur dalam kiraaan Heartz (getaran sesaat) semua gelombang bergetar. Walaupun kita tak nampak gelombang minda ni cemana, tapi ia memang ada. 
Sama juga dengan gelombang Astro, arus letrik, gelombang radio, telefon bimbit, Internet wireless, semua gelombang ni kita tak nampak tapi kita yakin ia ada sebab kita nampak kesannya. Begitu juga dengan gelombang minda yang terbit melalui fikiran anda.
Bila Anda sentiasa memikirkan masalah, lebih banyak masalah yang akan timbul kerana fikiran Anda fokus pada masalah dan Anda pula dibelenggu perasaan geram, marah dan tak puas hati bila memikirkannya. 
Fikiran sebegini (pasal masalah) jika digabung sekali dengan perasaan (geram, marah, tak puas hati) kuasa tarikannya lebih kuat, maksudnya ia akan menarik lebih banyak masalah dengan lebih cepat kerana Anda tetap melayan rasa dilanda masalah tu tanpa melepaskannya, melupakannya atau berserah saja pada yang maha Esa. 
Law Of Attraction sama dengan Law Of Graviti atau yang lebih dikenali dengan hukum graviti. Ia takkan lari atau salah sedikitpun, graviti tetap ada tidak kira di mana jua bila-bila masa. Semua yang kita humban ke atas akan jatuh ke tanah semula, tak kira berapa besar dan berapa berat benda yang kita humbang tu. 
Begitu juga dengan hukum tarikan, nama faymesnya Law Of Attraction. Fikiran kita menarik fikiran yang serupa dan segala apa yang terbit dalam fikiran, sama ada sedar atau tidak,. apa saja yang kita fikirkan. 
Sebab itu saya katakan dari dulu, kita adalah apa yang kita fikirkan. 
Jika kita fikirkan kita boleh, kita boleh buat apa saja. Kita kita fikir kita takde masalah, bebas dari masalah dan boleh menyelesaiakn apa jua masalah, itulah yang kita akan jadi. 
Cuma kebanyakan orang tidak dapat menerima hakikat ini. Jika Anda dilanda masalah, cuba sedaya upaya berfikir nak cari penyelesaian. Jangan syik komplen dan berkata pada diri sendiri Anda seorang yang sentiasa bermasalah semata-mata mahu menarik simpati orang lain. 
Apa yang Anda katakan pada diri, apa yang timbul di sanubari Anda dan apa yang Anda bualkan dalam hati, itulah yang akan terbit difikiran Anda. Bila sudah terbit difikiran, ia akan menarik situasi, orang perseorangan atau benda kepada Anda. Inilah hukum Law Of Attration. 
Jadi, program semula minda Anda. Bagaimana? selalu baca bahan-bahan motivasi dan yang menaikkan semangat Anda, jangan sesekali dengar kata-kata nista, umpatan dan apa jua perkataan yang negatif. Isikan minda dengan membaca bahan-bahan bacaan yang menaikan semangat Anda, buat apa saja supaya Anda lupa masalah tu. 
Fokus pada matlamat Anda. Masalah tu timbul kerana Anda sendiri yang menarikanya datang pada Anda. Walaupun ia belum terjadi, tapi ia timbul dalam kepala Anda sedikt masa lalu, mungkin di minggu lepas, bulan lepas atau 2 bukan yang lepas. 
Kita sendiri yang menarik masalah ni, cuma masa ia timbuk difikiran kita, kita tak menyedarinya. Ia muncul begitu saja. 
Misalnya, mungkin Anda pernah berfikir sebentar tentang bila-bil yang tertunggak kemudia rasa risau sebab takde cukup sumber kewangan untuk membayarnya. Oleh kerana Anda risau, Anda sentiasa memikirkannya setiap masa. Selain risau, And pula susah hati, gusar dan tak senang duduk memikirkannya. 
Dalam erti kata lain, apa yang kita tanam itulah yang akan tumbuh. Anda telah menanam biji benih masalah dalam fikiran Anda. Kemudian, anda menyiramnya dengan rasa gusar, risau, susah hati dan maha tertekan. Ini Anda lakukan setiap hari, sebelum tidur, selepas bangun, time kerja, time berehat, time makan bahkan waktu Anda termenung! 
Lalu, benih masalah yang tertanam dalam minda Anda tadi tu kini tumbuh berbunga. Sebab itulah masalah datang pada Anda tak henti-henti. Jadi, kehebatan minda perlu Anda guna untuk memikirkan penyelesaian masalah. 
Berita baiknya, takan ada masalah yang kekal.

Tempat Tinggal Iblis

Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.

Hukum Melancap??...

Di dalam sepotongayat al quranAllah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan RasulullahSAW,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.




“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,


ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.



“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.”(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Panduan Mencari Keberkatan Doa

Doa senjata orang mukmin. Sejauh mana 'ketajaman' senjata ini memberi kesan dalam mengharapkan doa yang dipohon itu diterima oleh Allah? Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Al-Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allh SWT termasuklah jumlah 99 nama Allah. Beberapa panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada.

2) Rapatkan kedua-dua belah tangan.

3) Kita akan nampak urat tangan kanan dan urat tangan kiri bercantum seakan membentuk seperti sampan."Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf 'ba'. Titik 'ba' letak di hati kita. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga huruf'ba' bernama 'Har Hayail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu , berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" jelas Ustaz Abdullah.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

5) Mulakan dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Berselawatlah ke atas nabi di permulaan dan akhir doa. Nabi bersabda : " Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. " ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

6) Sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain sesuai dengan keperluan kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon murahkan rezeki sebutlah nama Allah, Ar-Razaq.

7) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati dan rendah diri. Jangan rasa tertekan apabila tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu Maha Pengasih. Allah sangat memahami dan Maha Mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya. Jangan lupa mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa yang membesarkan kita dan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

8) Akhiri doa dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

9) Ajarkan kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga supaya bersungguh-sungguh dalam menjaga adab semasa berdoa. Sesungguhnya apabila dari kecil telah dibiasakan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah, insya Allah ia akan membentuk peribadi baik dalam kehidupan seharian.

20 Tips Mendidik Anak Supaya Menjadi Outstanding

Assalamualaikum, 
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba! 

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . ? bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2. 

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari ? ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela. 

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak? 

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi? 

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan. 

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga ? Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita. 

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka. 

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo? untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain. 

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ? ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg. 

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2. 

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. 

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali ? ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia. 

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke. 

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka ? jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang. 

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam ? biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg. 

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri. 

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar. 

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita. 

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita 

Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. 

Inspirasikan dan motivasikanlah hidup anda untuk mencapai tujuan atau cita-cita yang anda inginkan.Jangan jadikan dugaan,cubaan dan rintangan mematahkan semangat anda www.lamanmotivasi.blogspot.com. 

Orang Pertama Yang Dihukum Di Akhirat



Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian." Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

Kemudian datang orang ketika pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah." Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka." 

Surah Al Fatihah Mencakup Segala Ilmu Pengetahuan

Menurut Imam Al Ghazali bahawa Al Quran mengandung sepuluh dasar ilmu pengetahuan umum dan tiap-tiap ilmu itu membawahi beberapa macam ilmu : 1. Ilmu untuk mengenal zat Allah swt. 
2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat Allah swt. Mengenai zat Allah swt, kita mengagungkan dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan : Dia tida serupa dengan sesuatu apapun. Adapun mengenal sifat-sifatNya iaitu : Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berbicara. 
3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang meninggikan langit dan membentangkan bumi. 
4. Menjelaskan tempat kembali manusia seperti : syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa. 
5. Menjelaskan Siratal Mustaqim (jalan yang lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah. 
6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama. 
7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu. 
8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang yang kafir. 
9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir. 
10. Menerangkan undang-undang hukum Allah. 
Inilah semuanya ilmu-ilmu yang tersebut di dalam Al Quran dan lapan diantaranya telah tercakup di dalam surah Al Fatihah. Demikian pandangan Imam Al Ghazali. 
Untuk jelasnya adalah sebagai berikut : 1. Zat Allah swt yang tercantum dalam kalimah : ( Bismillahi) = Dengan nama Allah 
2. Sifat-sifat Allah dalam kalimah : (Arrahmaanirrahimi Malikiyaumiddiini) = Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan. 
Bahawasanya sifat Rahmah (Pengasih dan Penyayang) dan kekuasaan itu, keduanya menghendaki adanya Qudrat (sifat Maha Kuasa), Iradah (Maha Berkehendak) dan Ilmu (Maha Mengetahui). Itulah diantara sifat-sifat Allah yang tercantum didalam kebanyakan surah didalam Al Quran seperti firmanNya : " Almalikul kudduusussalamul mu'minullmuhaeminul 'aziizul jabbarul mutakabbiru. Yang Ertinya : "Dia Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menganugerahkan Keamanan Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung. Q.S Al-Hasyr : 23 
3 Ilmul af'al (ilmu perbuatan Allah) iaitu : ilmu yang telah kami huraikan dahulu yang tercakup dalam firmanNya : Rabbil'alamiina = Yang Memelihara Semesta Alam. 
Dan tersirat di dalamnya berbagai macam ilmu dan kami telah jelaskan bahawa alam itu ada dua macam : alam tinggi dan alam rendah ; Pada kedua alam tersebutlah berhubungan berbagai macam ilmu pengetahuan dan teknologi kerana semuanya itu adalah "Af'alullah" (Perbuatan Allah) yang masuk didalam pengaruh rahmat dan pendidikanNya bagi semesta alam. Bahawasanya ilmu pasti dan ilmu pengetahuan alam yang keduanya telah masuk di dalam "Tarbiayatul 'alamin" (Pendidikan semesta alam) keduanya diikuti lagi oleh berbagai ilmu teknik yang diantaranya seperti : alat pengukur waktu (jam dan sebagainya), ilmu tentang mesin penggerak (penarik benda yang berat) seperti : lokomotif dan sebagainya, ilmu penggerudi air dan minyak, ilmu tentang alat-alat persenjataan yang berat seperti : roket meriam dan sebagainya. Ilmu tentang gas beracun dsb. Ilmu-ilmu itulah yang menggugah bangsa-bangsa yang masih tidur dan membangunkan bangsa-bangsa Timur (Asia) dari tidur nyenyak mereka. Semuanya ini termasuk di antara keajaiban pendidikan. Demikian juga ilmu pembuatan senjata berat seperti meriam yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalai. Ilmu tentang alat pembakar, ilmu tentang alat pembakar, ilmu untuk bangunan perumahan yang kuat; ilmu pembuatan (menggali) terusan (sungai); ilmu tentang juluran dalam bentuk dan letaknya; ilmu gaya gravitasi; ilmu ukur ruang; ilmu kedoktoran dan ilmu pertanian. Kedua ilmu terakhir ini (Kedoktoran dan pertanian) termasuk dalam lingkungan ilmu pengetahuan alam, sedangkan ilmu-ilmu sebelumnya termasuk dalam lingkungan ilmu pasti (matematika) dan semuanya itu terkandung di dalam. Tarbiayatul 'alamin 

Keutamaan Agar Pendek Angan-Angan

Rasulullah SAW bsabda kepada Abdullah Bin Umar r.a:

Ertinya:
"Jikalau engkau berada di waktu pagi,maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang(untuk mencari bekal kematian). Dan jikalau engkau di waktu petang,maka janganlah menunggu-nunggu waktu pagi(untuk itu pula).Ambillah kemanfaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu engkau masih sihat untuk bekal sakitmu."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Ali r.a meriwayatkan pula sabda Rasulullah SAW:

Ertinya:
"Sesungguhnya perkara2 yg paling kutakutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan2. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan2 itu menyebabkan cinta sekali pada keduniaan."

Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu, kerana yang menyebabkan panjangnya angan2 yakni tetap hidup lama adalah kerana cinta yg berlabih-lebihan kepada dunia, sangat gemar pada nikmatnya, juga semata-mata kerana kebodohan, sehingga amat takut pada kedatangan mati yg secara tiba2 itu.

Orang semacam ini tentunya tidak mengetahui bahawa kematian itu sebenarnya pasti datang dan tidak lama sahaja lagi, kerana kematian memandangkan waktu, apakah kematian itu datangnya di waktu muda, tua ataupun tua bangka. Apakah nanti di musim kemarau, hujan, musim bunga dan sebagainya.

Tidak peduli pula, adakah malam mahupun siang? Seseorang tidak berkuasa untuk menolak kedatangannya, padahal ia berkali2 melihat orang mati disisinya. Seseorang juga tidak tentu bila jenazahnya akan dihantar, padahal di waktu itu ia seringkali menghantar jenazah.

Alangkah lalainya dan bodohnya manusia itu. Oleh kerananya, maka yang terbaik ialahsupaya seseorang itu membuat ukuran untuk dirinya sendiri dengan apa yang telah terjadi terhadap orang lain.

Hendaklah diyakinkan pula bahawa dirinya pun akan mengalami sepertimana yang dialami oleh orang lain. Akhirnya ia pasti akan menjadi jenazah yang di bawa ke kubur dan pasti ditanam ke dalam tanah sebagaimana orang lain juga.

Oleh sebab itu, hendaklah sentiasa diingat bahawa untuk menghadapi semuanya tadi, tidak ada jalan yang paling baik untuk dilaksanakan kecuali hatinya wajib beriman tentang akan datangnya hari akhir, hari penghabisan sekali atau hari kiamat.

Selain itu juga meyakinkan dengan sesungguh2nya apa yang akan ada di alam akhirat, yakni di sana tersedia 2 perkara y amat berlainan, yang 1 merupakan seksaan yg amat pedih dan menyakitkan sekali, sedangkan yg 1 lagi merupakan nikmat yg kekal abadi, pahala yg berlimpah ruah dan kesenangan yg tiada tara dan bandingannya.

Jikalau perasaan yg sedemikian sudah dapat diresapkan dengan sebenar2nya di dalam jiwa, maka Insya Allah akan terpateri pulalah kecintaannya untuk mencari bekal yg perlu untuk pemergiannya ke alam yg abadi itu. Sementara itu lenyaplah cintanya yg melampau kepada keduniaan. Sebabnya mencintai sesuatu yg lebih besar pasti dapat menghilangkan cintanya kepada sesuatu yg hina & lebih kecil nilainya... 

Wallahu'alam... .

Tidak Perlu Minta Maaf Daripada Pasangan Zina

SOALAN Adakah perlu (wajib, harus, haram) bagi dua orang Islam bukan mahram (lelaki dan wanita) yang berzina tetapi ingin bersegera bertaubat memohon maaf (selain dari Allah s.w.t.) dari pasangan masing-masing atau dan adakah perlu bagi lelaki tersebut memohon maaf daripada suami wanita tersebut, manakala wanita perlu juga memohon maaf daripada isteri lelaki yang dia berzina dengannya? 
Sekiranya pihak-pihak tersebut (pasangan atau isteri/suami kepada penzina) tidak dapat memaafkan kesalahan itu, apakah yang boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita itu? Adakah bayaran dapat dibuat bagi menebus maaf sekiranya wang ringgit menjadi isu atau jalan penyelesaiannya? 
Apa pun, yang pasti kedua-dua keluarga akan menjadi kucar-kacir sekiranya kedua-dua belah pihak mengetahuinya. 

JAWAPAN:

 Bertaubat daripada perbuatan zina adalah wajib. Dosa besar ini perlukan taubat yang segera. Apabila seorang hamba melakukan suatu perbuatan yang telah ditegah dalam agama maka adalah menjadi wajib ke atasnya segera bertaubat dan menyesal terhadap perbuatannya itu serta berazam tidak akan kembali kepadanya. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu didatangi mati dan bersegeralah melakukan amal soleh. (Riwayat al-Baihaqi, jld:3, hlm:173). Abdullah bin Masu�d pernah berkata ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya). 

Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai� (al-Tahrim: 8) 
Beliau berkata: �Bertaubat daripada dosanya dan berazam tidak akan kembali melakukannya.� (Riwayat al-Baihaqi, jld:10, hlm:155) 
Adapun meminta maaf daripada pasangan masing-masing tidak perlu, ini kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang lebih mudarat, seperti pergaduhan, permusuhan, perceraian dan mungkin juga akan membawa kepada pertumpahan darah. Islam meletakkan satu kaedah iaitu haram menceritakan keburukan diri sendiri kepada orang lain, malahan hukumnya adalah haram. Haram membuka pekong di dada. 

Perkara ini juga dapat kita lihat dalam sejarah, sebagai contohnya apabila datang seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah s.a.w. lalu menceritakan perbuatan zinanya dengan isteri orang, maka Rasulullah s.a.w. mengelakkan dari mendengarnya. 

Konsepnya ialah sesuatu perbuatan yang keji dilakukan oleh anak Adam di malam hari telah disembunyikan oleh Allah s.w.t. daripada orang lain mengetahuinya, maka menjadi haram dikhabarkan kepada orang lain. Ini tidaklah bermaksud setiap orang yang melakukan perbuatan terkutuk berada dalam zon yang selesa kerana perbuatannya tidak diketahui oleh orang lain. 
Sebenarnya Allah s.w.t. boleh mendedahkannya kepada khalayak ramai namun dengan sifat kasih sayang-Nya serta belas ihsan-Nya sesuatu perbuatan itu tidak didedah kepada orang lain. Perlu ingat tidak ramai yang boleh menyembunyikan perbuatannya yang hina ini. 
Jika tidak bertaubat segera dan berhenti dari melakukannya, pasti suatu hari nanti akan terdedah, �sepandai-pandai tupai melompat ke tanah juga akhirnya.� Namun perbuatan itu perlukan penyesalan seumur hidup, kerana hukuman bagi orang yang melakukan zina dalam Islam sudah jelas, bagi lelaki yang belum berkahwin dan perempuan yang belum berkahwin hukumannya adalah 100 kali rotan, manakala bagi lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin adalah rejam sampai mati. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (an-Nur: 2) 
Bertaubatlah kepada Allah s.w.t., yang berhak memberi taubat hanya Dia, jika mahu dia akan mengampun jika tidak Dia pasti akan menyiksa setiap pesalah di akhirat kelak.

Cinta Di dalam Islam

Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah.Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan,lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks.Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat,menundukkan pandangan,melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh menarik nafsu lelaki kepada perempuan. 
Oleh itu,jika ada lelaki yang mengatakan bahawa dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta,yang sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes biasa.Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama,iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan.Kerana itu ada hadis menyebut, 
Dari 'Amir bin Rabiah,Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: 
"Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya,kerana yang ketiganya adalah syaitan,kecuali kalau ada mahramnya." (Riwayat Ahmad) 
Yang sebenarnya tidak salah bercinta,tetapi cinta itu mestilah didasarkan di atas perjalanan syariat.Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari ini,sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh dikategorikan sebagai sebuah cinta suci yang patut wujud di dalam rumahtangga Islam. 
Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya.Rasa- rasanya bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu dibelah bagi. Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini.Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet yang sanggup mati bersama. 
Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.Sekiranya begini cara setiap pasangan berfikir,pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan.Kerana pengalaman telah membuktikan banyak rumahtangga yang gagal dibina di atas bentuk ini. 
Bila didapati pasangan melakukan kesilapan atau punya kelemahan,hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah,bukan pada Allah yang Maha Esa. 
Di dalam Islam,cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah.Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taQwa.Hati orang yang bertaQwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia.Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat. 
Ditegaskan oleh suatu hadis bahawa orang lelaki jika ada kemampuan,digesa supaya cepat berkahwin. Ini dinyatakan hadis yang diriwayatkan oleh Jama'ah dan Ibnu Mas'ud,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Wahai pemuda! Jika di antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah dia berkahwin,kerana nanti matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara.Dan apabila ia belum mampu kahwin.Hendaklah ia berpuasa,kerana puasa itu ibarat pengebiri (penahan)." 
Mengapa mereka disuruh berkahwin? Kerana dalam al-Quran juga Allah menyebut,manusia secara normal memang Allah jadikan ada nafsu seks terhadap wanita.Fitrahnya memang begitu.Jadi bagaimana kita ingin menafikan hakikat tersebut?" 
Firman Allah surah An Nur: 30 yang bermaksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. 
Sementara ayat dari surah An-Nur: 31, seterusnya menegaskan: 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
Bagi para remaja,adalah terlalu bahaya bergaul bebas sesama sendiri antara lelaki dan wanita.Walaupun mereka mengatakan mereka tidak bercinta tetapi mereka juga tertakluk kepada hukum.Seperti seorang perempuan mendakwa,'Orang perempuan memakai tudung kerana dia cantik ingin menutup kecantikannya'.Walau apa pun alasannya,dia tetap termasuk dalam undang-undang kena menutup aurat. 
Kemungkinan-kemungkinan hubungan ini akan menjadi sebab fitnah dan menghampiri zina,tidak dinafikan.Mukaddimah zina adalah hubungan akrab antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.Walaupun pada dasarnya ia tidak mempunyai kecenderungan seks tetapi ia boleh menimbulkan fitnah apabila ada hubungan antara lelaki dan perempuan. Apatah lagi nafsu memang tidak bermata,tidak kenal sifat,usia atau apa pun. 
Walaupun kerap dinyatakan dimulut, bahawa hubungan itu tidak ada kecenderungan seks,tetapi Allah lebih mengetahui,bahawa dalam hati manusia memang ada kecenderungan seperti itu. 
Walau bagaimanapun,Islam tidaklah begitu keras sehingga menghalang lelaki dan perempuan daripada bersahabat."Tidak salah menjadi kawan baik tetapi ada batasannya.Pertama,dari segi aurat harus dijaga.Selain itu,percakapan juga harus dipelihara agar perbualan tidak menjurus ke arah seks. Komunikasi dianggap penting,sebab itu Islam mengingatkan wanita agar merendahkan suara ketika bercakap kerana bimbang perkara sebegini akan terjadi. Juga elakkan jangan sampai ada sentuhan fizikal.Serapat mana pun hubungan tersebut dengan beranggapan lelaki atau perempuan sebagai saudara angkat atau sahabat karib,Islam masih meletakkan batas bahawa mereka tidak boleh bersentuh kulit dan sebagainya tanpa keadaan darurat tertentu. 
insyaAllah semoga saya juga dapat memlihara iman dan hati. insyaAllah.insyaAllah semoga saya terpelihara. 
wallahu'alam

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...