Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, August 31, 2012

Panduan Mencari Keberkatan Doa

Doa senjata orang mukmin. Sejauh mana 'ketajaman' senjata ini memberi kesan dalam mengharapkan doa yang dipohon itu diterima oleh Allah? Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Al-Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allh SWT termasuklah jumlah 99 nama Allah. Beberapa panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada.

2) Rapatkan kedua-dua belah tangan.

3) Kita akan nampak urat tangan kanan dan urat tangan kiri bercantum seakan membentuk seperti sampan."Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf 'ba'. Titik 'ba' letak di hati kita. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga huruf'ba' bernama 'Har Hayail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu , berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" jelas Ustaz Abdullah.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

5) Mulakan dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Berselawatlah ke atas nabi di permulaan dan akhir doa. Nabi bersabda : " Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. " ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

6) Sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain sesuai dengan keperluan kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon murahkan rezeki sebutlah nama Allah, Ar-Razaq.

7) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati dan rendah diri. Jangan rasa tertekan apabila tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu Maha Pengasih. Allah sangat memahami dan Maha Mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya. Jangan lupa mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa yang membesarkan kita dan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

8) Akhiri doa dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

9) Ajarkan kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga supaya bersungguh-sungguh dalam menjaga adab semasa berdoa. Sesungguhnya apabila dari kecil telah dibiasakan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah, insya Allah ia akan membentuk peribadi baik dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...