Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, August 31, 2012

Tidak Perlu Minta Maaf Daripada Pasangan Zina

SOALAN Adakah perlu (wajib, harus, haram) bagi dua orang Islam bukan mahram (lelaki dan wanita) yang berzina tetapi ingin bersegera bertaubat memohon maaf (selain dari Allah s.w.t.) dari pasangan masing-masing atau dan adakah perlu bagi lelaki tersebut memohon maaf daripada suami wanita tersebut, manakala wanita perlu juga memohon maaf daripada isteri lelaki yang dia berzina dengannya? 
Sekiranya pihak-pihak tersebut (pasangan atau isteri/suami kepada penzina) tidak dapat memaafkan kesalahan itu, apakah yang boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita itu? Adakah bayaran dapat dibuat bagi menebus maaf sekiranya wang ringgit menjadi isu atau jalan penyelesaiannya? 
Apa pun, yang pasti kedua-dua keluarga akan menjadi kucar-kacir sekiranya kedua-dua belah pihak mengetahuinya. 

JAWAPAN:

 Bertaubat daripada perbuatan zina adalah wajib. Dosa besar ini perlukan taubat yang segera. Apabila seorang hamba melakukan suatu perbuatan yang telah ditegah dalam agama maka adalah menjadi wajib ke atasnya segera bertaubat dan menyesal terhadap perbuatannya itu serta berazam tidak akan kembali kepadanya. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu didatangi mati dan bersegeralah melakukan amal soleh. (Riwayat al-Baihaqi, jld:3, hlm:173). Abdullah bin Masu�d pernah berkata ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya). 

Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai� (al-Tahrim: 8) 
Beliau berkata: �Bertaubat daripada dosanya dan berazam tidak akan kembali melakukannya.� (Riwayat al-Baihaqi, jld:10, hlm:155) 
Adapun meminta maaf daripada pasangan masing-masing tidak perlu, ini kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang lebih mudarat, seperti pergaduhan, permusuhan, perceraian dan mungkin juga akan membawa kepada pertumpahan darah. Islam meletakkan satu kaedah iaitu haram menceritakan keburukan diri sendiri kepada orang lain, malahan hukumnya adalah haram. Haram membuka pekong di dada. 

Perkara ini juga dapat kita lihat dalam sejarah, sebagai contohnya apabila datang seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah s.a.w. lalu menceritakan perbuatan zinanya dengan isteri orang, maka Rasulullah s.a.w. mengelakkan dari mendengarnya. 

Konsepnya ialah sesuatu perbuatan yang keji dilakukan oleh anak Adam di malam hari telah disembunyikan oleh Allah s.w.t. daripada orang lain mengetahuinya, maka menjadi haram dikhabarkan kepada orang lain. Ini tidaklah bermaksud setiap orang yang melakukan perbuatan terkutuk berada dalam zon yang selesa kerana perbuatannya tidak diketahui oleh orang lain. 
Sebenarnya Allah s.w.t. boleh mendedahkannya kepada khalayak ramai namun dengan sifat kasih sayang-Nya serta belas ihsan-Nya sesuatu perbuatan itu tidak didedah kepada orang lain. Perlu ingat tidak ramai yang boleh menyembunyikan perbuatannya yang hina ini. 
Jika tidak bertaubat segera dan berhenti dari melakukannya, pasti suatu hari nanti akan terdedah, �sepandai-pandai tupai melompat ke tanah juga akhirnya.� Namun perbuatan itu perlukan penyesalan seumur hidup, kerana hukuman bagi orang yang melakukan zina dalam Islam sudah jelas, bagi lelaki yang belum berkahwin dan perempuan yang belum berkahwin hukumannya adalah 100 kali rotan, manakala bagi lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin adalah rejam sampai mati. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (an-Nur: 2) 
Bertaubatlah kepada Allah s.w.t., yang berhak memberi taubat hanya Dia, jika mahu dia akan mengampun jika tidak Dia pasti akan menyiksa setiap pesalah di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...