Pages

Sunday, June 21, 2015

Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan


tingkatanpuasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tingkatan puasa di bulan ramadan menurut Imam al-Ghazali membahagikan puasa terbahagi kepada tiga tingkatan. Menurut sebahagian ulama juga menyatakan puasa ada tiga tingkatan. 

1-Puasa Orang Awam

Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta keinginan berjimak. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan. 

2- Puasa Orang Khas (Puasa Khusus)  

Puasa ini menjaga akhlak dan perkara-perkara yang sunat bagi menambah kualiti puasanya dengan memelihara mata, lidah, telinga, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.  

3- Puasa Orang Paling Khusus (Puasa Khusus al-Khusus) 

Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat dipentingkan serta anggota badan turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa berzikir dan memperingati Allah. Puasa orang ini adalah puasa tertinggi kedudukan disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Para Wali dan Ahli Ibadah yang lainnya.  
Berusahalah meningkatkan kualiti puasa agar lebih diterima dan diredhai Allah SWT. Kalau setakat tingkat yang pertama adalah sekadar biasa-biasa. Manusia yang berpuasa bukanlah sekadar berpuasa menjaga perutnya sahaja akan tetapi perlu menjaga perkara-perkata atau perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti mulut masih bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendapat pahala. Hakikatnya puasa bukanlah sekadar menjaga perut sahaja tetapi melatih jiwa agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Insaallah.. 
Ini bermakna puasa yang disulami dengan amalan-amalan yang kurang baik akan mengurangkan pahala puasa, bahkan ada besar kemungkinan tidak diterima Allah. Insallah sesamalah kita menjalini ibadah puasa dengan amalan yang terbaik dan moga-moga diterima Allah SWT. Amin... 
surahalbawarahayat183
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa." 
(Surah Al-Baqarah Ayat : 183)

No comments:

Post a Comment