Jika
lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi,
namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi,
tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah
mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka
khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi
s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan
kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan
beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam
pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi
terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula
sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak
kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan
kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara
‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda yang dikasihi Safiyyah
binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada
sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi,
bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat
dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang
lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya,
rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan
adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara
umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta.
Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan.
Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat
mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar
orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah
s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada
pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami,
anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak
ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu
akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari
perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar
dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan
berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad
Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di
kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di
kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam:
“Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang
kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan
anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti
masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini
mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru
dan pelik untuk mereka kerjakan.
No comments:
Post a Comment