Melayukini.net – Aurat Lelaki Yang Sering Diabaikan | Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki
mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis
dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah
barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak
salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah
sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga
mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki
tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya
memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana
aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi
bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah
lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak
sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh
kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah
ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya.
Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau
dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka
pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah
kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak
dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat
dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud
setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya.
Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya.
Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa
kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas
adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka
memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan
sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka
dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah
mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan?
Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa
ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang
yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya.
Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu.
Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar
dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu
ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari
Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang
hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu,
mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu
tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya
menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi
sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon
pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan.
Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha
kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering
diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan.
Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada
pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
No comments:
Post a Comment