Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak
dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil
sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika
bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan
sahabat² nya. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan
seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok
batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia
mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu
hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun
memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti
hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan
berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku tetapi lihatlah
kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan
parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan
sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap
insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan
luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.
No comments:
Post a Comment