Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa  kedua
 ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli 
keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan 
muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan
 urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami 
manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang 
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami 
lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 Ikhlaskan
 hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati 
mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. 
Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 
Ya Allah, 
Kami
 mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh 
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada 
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak
 lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
 peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, 
bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya 
Allah.
Ya Allah, 
Peliharalah
 kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah 
mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan 
kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan 
resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati 
mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang 
memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk 
memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya 
daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah, 
Berilah keputusan yang cemerlang 
dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang 
cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang 
lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi 
hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah
 anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan 
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak 
anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai 
sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan 
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 
Ya Allah,
Apa
 yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa
 yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. 
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 
Sesungguhnya,
 anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami 
mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan
 hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah
 anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami 
memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. 
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa 
mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan 
amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah 
hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka 
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah, 
Kami
 tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami 
serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak
 bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat 
tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat
 tempat yang Engkau murkai.Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
No comments:
Post a Comment