بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Lafaz ucapan
 merupakan suatu kata-kata yang disuarakan oleh seseorang bagi 
menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz 
memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan 
juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. 
Berikut adalah di antara lafaz-lafaz ucapan yang baik untuk diamalkan dalam sesuatu majlis akad nikah :
.
1) Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki 
Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan mengucapkan lafaz :
| 
Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki | 
| 
“Adalah
 saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) 
yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada 
isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku 
hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan 
mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak 
bercanggah dengan hukum Islam.” | 
.
Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basimalah’ dan doa berikut :
.
.
2) Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati :
“Ya Allah! Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat.”
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin :
| 
Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan | 
| 
“Adalah
 saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) 
dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan 
murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia 
yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku 
sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi 
kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat 
restu dan redha dari Allah سبحانه وتعالى.” | 
.
.
3) Penyerahan Tanggungjawab Wali Kepada Pengantin Lelaki 
Dilaku dan dibacakan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya serta disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut :
| 
Lafaz Penyerahan Tanggungjawab Wali Pengantin | 
| 
“Adalah
 saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin 
perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, 
keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu 
(nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh 
Allah سبحانه وتعالىke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin…”  | 
.
.
4)  Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan 
Lafaz pesanan berikut dibaca oleh ibu kepada pengantin perempuan :
| 
Lafaz Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan | 
| 
“Anakku
 (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan 
dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan 
suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk 
menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu 
mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat 
ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah 
nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah 
khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu
 menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. 
Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah سبحانه وتعالىsepanjang
 hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan 
kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala 
kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…” | 
.
.
5)  Lafaz Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan
Lafaz ucapan terima kasih berikut dibaca oleh pengantin perempuan kepada ibu bapanya :
| 
Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan | 
| 
“Wahai
 ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini 
saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam
 baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya 
dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya
 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala 
bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon 
ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada 
bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..” | 
.
Kemudian salam dan cium tangan ibu bapanya.
.
.
6)  Lafaz Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki 
Lafaz ucapan berikut dibaca oleh pengantin lelaki sebagai menerima tanggungjawab terhadap isteri :
| 
Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki | 
| 
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالىdi
 atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima 
kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah
 ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami
 kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan 
sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :  1) Memberi nafkah zahir dan batin. 
2) Penjagaan dan perlindungan yang sempurna. 
3) Keselamatan yang terjamin. 
4) Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah سبحانه وتعالى. Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah سبحانه وتعالى.” | 
.
Semoga pasangan yang akan bernikah dapat mengamalkan lafaz-lafaz ucapan di atas agar ia memberikan kesan menyusuk qolbu
 kepada setiap individu yang berjanji akan menyempurnakan tugas dan 
tanggungjawab mereka dalam mewujudkan kebahagiaan, keharmonian dan 
kerukunan berumahtangga.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Artikel Berkaitan:
Solat Sunat Nikah  (Klik Di Sini)
No comments:
Post a Comment