Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang
istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam telah mendorong pemeluknya agar memiliki akhlak mulia. Salah
satu akhlak mulia itu adalah menyayangi dan berlemah lembut dengan anak
yatim. Sesungguhnya, anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan
pertolongan dan kasih sayang. Kerana ia adalah anak yang kehilangan
ayahnya pada saat ia sangat memerlukannya. Ia memerlukan pertolongan dan
kasih sayang kita, kerana ia tidak mungkin mendapatkan kasih sayang
ayahnya yang telah tiada.
Jika kalian melihat seseorang yang
penyayangi dan berlemah lembut kepada anak yatim dan memberi pertolongan
kepadanya, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang yang berbudi dan
berakhlak mulia.
Suatu ketika Saib bin Abdullah r.a datang
kepada Nabi S.A.W. maka Nabi S.A.W. bersabda kepadanya yang bermaksud : “
Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu
masih dalam kejahiliaan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman.
Jamulah tetamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada jiran
tetangga. ” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud,
Al-Albani )
Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Daud
‘alaihissalam, yang berkata maksudnya : “ Bersikaplah kepada anak yatim,
seperti seorang bapa yang penyayang. ”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dimuliakan,
Kasih sayang dan berbuat baik kepada anak yatim, sebagaimana yang
telah di perkatakan kepada kalian, adalah sebagian dari akhlak orang
mukmin yang mulia. Itu tidak boleh dilakukan kecuali oleh seorang mukmin
yang mulia, yang menghimpun banyak budi pekerti mulia, yang mencintai
kebajikan.
Abdullah bin Umar r.a tidak pernah memakan makanan
kecuali dimeja makannya ada seorang anak yatim yang makan bersamanya.
Jika kalian menjadi seorang yang penyantun, lemah lembut, dan mampu
berbuat kebaikan kepada anak yatim, mengusap kepalanya dengan tangan dan
menjamunya serta membuatkan perasaan gembira ke dalam hati mereka.
Ketahuilah, jika kalian mampu melakukan kebaikan seperti itu sebenarnya
kalian telah mendapat taufiq untuk melaksanakannya, maka kalian
benar-benar manusia yang beruntung. Yang berhak mendapat gelar “ Seorang
yang Berbudi ”.
Masuk kedalam syurga adalah kejayaan yang
paling tinggi yang diharapkan oleh orang-orang yang beriman. Nabi S.A.W.
memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan
anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah
derajat yang akan diperolehi oleh orang yang mengasuh dan berlemah
lembut terhadap anak yatim anak.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya
: “ Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga
seperti ini ”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan
jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Imam
Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “ Orang yang mendengar hadis ini
wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di
syurga .”
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “ Isyarat
ini cukup untuk menegaskan betapa dekatnya kedudukan pemberi layanan
dan berlemah lembut kepada anak yatim dengan kedudukan Nabi di syurga
nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari
tengah .”
Sahabat yang dikasihi,
Tahukah kalian, apa hasil
yang akan diperoleh dengan sikap lemah lembut dan mengasihi anak yatim
terhadap kebaikan ini ? Jika kalian termasuk orang-orang yang mampu,
apakah kalian pernah berfikir untuk menyantuni seorang anak yatim,
sehingga kalian boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga?.
Untuk
berbakti dan menyayangi anak yatim kalian tidak harus memiliki harta
kekayaan yang banyak. Melainkan, siapa yang menjemput dan meraikan
seorang anak yatim, memberinya makanan dengan makanan yang biasa dimakan
dan memberinya minum dengan minuman yang biasa di minumnya, maka ia
akan memperoleh kedudukan tersebut.
Nabi S.A.W. bersabda yang
bermaksud : “ Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim
diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga
mencukupinya maka ia pasti masuk syurga .” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan
Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)
Wujudnya ramai anak
yatim di dunia ini adalah ujian untuk orang-orang mukmin, disinilah
terbentang luas pahala yang besar jika kita faham dan yakin dengan
janji-janji Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W. Jika boleh janganlah
melepaskan peluang keemasan ini perlu direbut kerana betapa besarnya
pahala yang akan kita perolehi dihari akhirat nanti . Jika mempunyai
wang berlebihan hulurkanlah bantuan kepada anak-anak yatim dirumah
persendirian atau rumah-rumah anak yatim yang terdapat dimerata tempat
dinegara kita.
Jika ada dikalangan kalian lelaki mukmin yang
berhajat mencari jodoh jika ada dikalangan anak yatim perempuan yang
solehah dan telah layak mendirikan rumah tangga, besar pahalanya jika
kalian mengambilnya sebagai teman hidup. Perempuan yang pernah menjadi
yatim piatu hatinya cukup mulia dan baik akhlaknya kerana pernah hidup
susah tanpa kasih sayang ayah dan ibu menumpang kasih daripada
penjaganya samaada saudara maranya atau pun penjaga rumah anak yatim.
Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian mempunyai hati yang keras, maka menyantuni anak yatim
merupakan satu cara boleh melembutkan hati menjadi lembut . Ia adalah
ubat yang diwasiatkan oleh Nabi S.A.W. yang telah diutus dengan membawa
petunjuk dengan kebenaran .
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a
yang berkata : “ Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W.
mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika
hatimu menjadi lunak dan keperluanmu erpenuhi ? Kasihilah anak yatim,
usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu
menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi .”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)
Sesungguhnya,
mengasihi anak yatim merupakan sarana untuk melunakkan hati dan akan
dapat memenuhi keperluan kita. Sebab, orang yang mengasihi anak yatim
telah meletakkan diri seperti ayahnya. Seorang ayah, secara fitrah
memiliki sifat sayang dan mengasihi anak-anaknya. Adapun orang yang
mengasihi anak yatim memiliki satu sifat lain, iaitu mengasihi anak yang
bukan anak kandungnya.
Barang siapa keadaannya seperti itu
maka dihatinya terhimpun sarana-sarana yang boleh melembutkan hatinya,
sekalipun sebelumya merupakan hati yang keras.
Tidak diragukan
lagi ini merupakan ubat yang mujarab. Kalian tidak akan pernah mendapati
orang yang menyantuni anak yatim, kecuali pasti memiliki hati yang
pengasih. Kebalikan dari ini, kalian tidak akan menjumpai seorang pun
yang tidak mengasihi anak yatim, kecuali ia memiliki hati yang keras dan
berakhlak buruk.
Manfaat lain dari tindakan mengasihi anak
yatim yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W. kepada seorang yang
bertanya kepada baginda . Sesungguhnya, orang yang berbuat kebaikan
kepada anak orang lain adalah orang yang telah memasukkan rasa gembira
dihati mereka. Tidak diragukan lagi, Allah pasti tidak akan
menyia-nyiakannya, kerana Allah S.W.T. Maha Pengasih dan Mencintai semua
orang yang pengasih.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “
Orang-orang yang pengasih, akan dikasihi oleh Ar Rahman (Yang Maha
Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada dibumi nescaya
engkau dikasihi oleh yang di langit .” (Hadis Riwayat Abu Dawud,
Tirmidzi dan lain-lain. As silsilatu shohihah)
Kasihilah anak yatim, nescaya Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhiratmu.
Berbuat baik kepada anak yatim, terdapat beberapa cara :
1. Memberinya makan dan pakaian, serta menanggung keperluan-keperluan asasnya .
2.
Mengusap kepalanya serta menunjukkan kasih sayang kepadanya. Tindakan
ini akan mempunyai pengaruh besar terhadap kejiwaan anak yatim. Ibnu
Umar r.a jika melihat anak yatim, beliau mengusap kepalanya dan
memberinya sesuatu.
3. Membiayai sekolahnya, sebagaimana seseoang ingin menyekolahkan anaknya.
4. Mendidiknya dengan ikhlas, sebagaimana keikhlasanya dalam mendidik anak kandungnya sendiri.
5. Jika ia melakukan sesuatu perbuatan yang patut di beri hukuman maka bersikap lemah-lembut dalam mendidiknya.
6.
Bertakwa kepada Allah dalam mengelola harta anak yatim, jika anak yatim
itu mempunyai harta kekayaan. Jangan sampai hartanya di habiskan .
Sebaliknya, hartanya harus di jaga, sehinga ketika ia telah dewasa,
harta tersebut dikembalikan kepadanya.
7. Mengembangkan harta anak yatim dan bersikap ikhlas di dalamnya, sehingga hartanya tidak habis oleh zakat.
Sahabat,
Inilah beberapa gambaran tentang cara berbuat baik kepada anak yatim.
Berbuat baik kepada anak yatim tidak hanya diperintahkan kepada
orang-orang tertentu, akan tetapi setiap muslim diperintahkan untuk itu
sebagaimana ia diperintahkan untuk melaksanakan semua amal yang baik dan
soleh.
Jika Allah ta’ala mengetahui ketulusan niat seorang
hamba, nescaya Dia akan membantunya dalam melaksanakan perbuatan baik.
Maka, hendaklah kalian berkeinginan kuat untuk melasanakan amal-amal
soleh walaupun baru sekedar berniat di hati sampai suatu masa Allah
memberikan kesempatan kalian untuk melakukan amal solih.
Sungguh,
tidak ada orang yang lebih lemah daripada orag yang tidak mampu
menyelinapkan niat di hatinya untuk melasanakan amal-amal soleh.
Berbuatlah
baik kepada anak yatim, selain merupakan akhlak yang mulia yang
diserukan oleh Islam, ia juga hanya dilaksanakan oleh orang-orang yang
berhati penyayang dan berjiwa bersih. Masyarakat muslim, adalah
masyarakat yang diikat oleh ajaran-ajaran mulia yang diserukan oleh
Islam.
Ia adalah masyarakat yang telah digambarkan oleh Nabi
S.A.W. dalam penggambaran baginda yang indah sabdanya yang bermaksud: “
Engkau melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling
mencintai di antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu
organ yang mengeluh (sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit
dengan tidak tidur dan panas .”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak
yatim adalah sebahagian dari masyarakat muslim itu. Ia berhak terhadap
apa yang menjadikan hak anggota masyarakat muslim lainnya, dan
berkewajiban sebagaimana kewajiban masyarakat anggota muslim lainnya.
Seluruh kaum muslimin wajib berbuat baik kepada anak yatim,
menyantuninya, dan menggantikan kasih sayang ayahnya, serta memberikan
kepadanya apa yang biasa mereka berikan kepada anak-anak dan istri
mereka.
Tidaklah sukar bagi kalian untuk menjemput seorang anak
yatim, memberi makanan seperti yang biasa kalian makan sehari-hari,
memberi pakaian seperti pakaian yang biasa kalian pakai, dan
menjadikannya sebagai salah seorang anak kalian.
Hendaklah,
perbuatan baik kalian ini didasarkan niat tulus untuk mencari reda Allah
S.W.T. Dengan harapan, kalian boleh menjadi salah seorang dari mereka
yang digambarkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud : “
Dan merka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak
yatim dan orang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu
hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki
balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya
kami takut akan (adzab) Tuhan kami pada suatu hari yang (dihari)
orang-orang bermuka masam penuh kesakitan. Maka Allah memelihara mereka
dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepda mereka kejernihan (wajah)
dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena
kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutra .” (Surah al-Insan
ayat 8-12)
Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua dan
mampu mendidik hati kita supaya kita menjadi hamba Allah yang beriman
dan bertakwa dan sentasa mematuhi arahan-Nya salah satunya adalah
mengasihi dan membantu anak-anak yatim.
Terdapat beberapa hadis lain yang menceritakan kebaikan mengasihi dan menolong anak-anak yatim :
1.” Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Penjelasan: Rasulullah S.A.W. menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.
2.
“Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya
anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk
rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim
tapi anak itu diperlakukan dengan buruk.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3.
“Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat
bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari
telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak
mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik
namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang
yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka
wafat.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
4. “Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh.”
(Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Abu Hanifah)
5. “Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh”.
(Hadis Abu Hanifah)
6.
“Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang
yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan
lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap
angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya.
Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah
seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang memerlukankan santunannya
sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam
genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya
(memperhatikannya) kelak pada hari kiamat”.
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)
7.
“Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah
diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut
karena dimakan sedekah (zakat). ”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
~~Pengkongsian Bersama~~
No comments:
Post a Comment