“Purdah?”
Ibu and ayah aku baru nak cakap.
**********************************************************************************
satuumat.blogspot.com |
Apa benda yang aku duk bincang dengan parents aku, biarlah rahsia. Yang lebih penting, isu purdah ni walaupun segelintir je korang dengar, hakikatnya ramai kaum Hawa yang diam-diam pasang niat nak pakai. Cuma timbul beberapa isu yang jadi persoalan diorang. Harini aku bukan nak bagi pandangan aku terhadap orang pakai purdah. And kalau aku komen pun, of course aku sokong. Sebab aku suka tengok muslimah pakai purdah ni. Sejuk hati. And aku tak merasa lagi pakai purdah, so ‘feel’ nak bincang takde dan aku tak layak nak ulas.
Aku nak reveal kat korang antara isu-isu orang yang tergerak hati nak pakai purdah. Serius, ada sesetengah aku pun tak pernah terfikir. Jadi, aku nak kongsi dengan korang harini sebagai ilmu bimbingan and sebagai panduan dan kefahaman orang nak pakai purdah ni.
Wait seminit. AKU NAK TEGASKAN. Post ni bukan untuk kasi down orang yang nak berpurdah. Aku cuma nak bagitau apa halangan, dugaan yang si purdah ni kena hadap. And jugak untuk orang awam lebih faham pasal orang berpurdah, info umum. Kalau korang tak faham maksud aku, aku bagi contoh.
Korang nak masuk gua. Sebelum korang nak masuk gua mestilah korang kena tau apa risikonya, apa peralatan yang nak dibawak, apa yang mental korang kena prepare, kan? So, aku bagitau. Mudah-mudahan korang prepare diri korang dulu and istiqamah dalam pemakaian purdah ni, takdelah berhenti separuh jalan. Aku pun berharap diri aku akan jadi lebih baik, so jangan lupa doakan aku sekali, hehe.
1. Ada sesetengah pakai purdah akan lupa diri. [Perasaan ujub, takbur, riak]
bicara-hamba.blogspot.com |
“Wei, kau dah melampau! Niat kitorang baik tau! Nak jaga diri kerana Allah. Fitnah, fitnah!”
Wait wait wait seminit. Korang dengar dulu cakap aku. Nothing is impossible. Ok la, bagi korang isu ni mustahil, tapi tak mustahil sebenarnya. Aku dah pernah jumpa orang macam ni dan dia sendiri mengaku kat family aku. Tapi ni lain sikit, dia isu pakai serban, yang kasi belit atas kepala macam Ustaz Don tu and pakai macam seorang ustaz.
“Dulu, pakai macam ni time sekolah pondok. Bila keluar, teruskan pemakaian macam ni. Kita pakai mula-mula memang ikhlas, tapi bila orang pandang kita, kita rasa lain. Tiba-tiba kita rasa kita ni lagi bagus. Entahlah, perasaan ni lain.”
Akhirnya si fulan ni pakai pakaian biasa sebab taknak simpan perasaan riak dalam diri dia. Bagi aku dia macam ustaz, tapi aku tengok sekarang ‘ustaz sempoi’. Walaupun aku cerita isu serban, tapi same konsep. Pakai serban, pakai purdah adalah pemakaian yang jarang kat Malaysia. So bila orang pandang, akan pandang lama sikit atas sebab-sebab diorang la. Kalau korang nak pakai kat Arab sana, takdelah orang hairan.
peraktoday.com |
So, benda ni tak mustahil. Macam-macam cara syaitan boleh bisik kat hati korang. Korang nak pakai, terpulang kalau bagi korang itu lagi baik. Tapi beringatlah selalu dan berdoalah banyak-banyak, mudah-mudahan Allah lindung niat suci hati korang.
Aku pernah ternampak sorang muslimah berpurdah yang berjalan dua orang. Salah sorang pandang aku, aku pun bagi satu senyuman. Malangnya, dia terus berpaling seolah-olah muka aku macam laki yang gatal nak ngorat dia. [By the way, aku perempuan, bukan khunsa] Ada la dia jalan depan aku 2-3 kali, time tu
aku meniaga. Bila dia lalu lagi depan aku, muka dia hanya pandang aku
dengan serius sambil berlalu pergi. Aku nampak, tapi aku buat-buat tak pandang. Aku tau beza antara orang berpurdah senyum atau tak, memandangkan aku selalu jumpa jugak muslimah berpurdah yang mesra alam dan suka senyum.
Sadis, memang sadis. Nasib baik aku redha jela time dia pandang aku macam tu. Aku sedar dia fikir mata aku takde scanner. Kalau dia senyum pun tak guna. Yelah, aku sedar aku sapa. *Berdiri kat penjuru dinding sorang-sorang, sadis*
2. Orang berpurdah ni time nak makan memang dilema tahap gaban.
bemiesworld.com |
Kenapa dulu aku tak pernah terfikir arr benda ni? Kalau nak makan, punyalah payah. Even aku tak pernah tengok anime seorang ninja tutup mulut akan makan. Selalunya dia akan baca buku or bermeditasi time geng dia makan.
Aku pernah baca satu post dah lama dah pasal cara makan untuk orang berpurdah. Antaranya tarik purdah sampai bawah mulut and makan la, duduk hujung-hujung and makan la, dan yang paling sadis perhatikan orang dulu, kalau takde orang pandang ambik satu suap. Then repeat. Serupa la korang kena puasa kalau keluar rumah.
bicarajutawan.com |
Ya ya ya, aku tau kalau galakkan puasa lagi bagus. Tapi kalau ada kenduri? Ada majlis? Tak baik tau tak makan. And kalau korang jalan jauh-jauh? Mesti nak minum kan? Kan kan kan? Haa. So benda ni kena pandai-pandai hidup la kalau korang pakai purdah.
Tapi kalau aku la kan, aku suggest time nak makan and minum tu just tarik je purdah sampai bawah mulut and seeloknya hanya mahram korang yang nampak atau tempat takde orang. Kalau kat kenduri tu, korang makan la kat hujung meja. Atau paling senang duduk kat dapur. Atau kalau muka tebal kasi bungkus je, hehe! Eh, kalau kenduri family belah keturunan aku, aku rasa tak segan kot nak bungkus.
Apapun, terpulang pada korang. Pandai-pandai la korang nak biasakan diri kan?
3. Ada yang pakai purdah make-up mata kemain lagi mengalahkan artis.
keluargakusayang.blogspot.com |
Benda ni agak mengecewakan aku dan sebahagian saudara satu agama dengan aku. Aku taktau la kenapa bila dah pakai purdah, ada sesetengah orang dia kasi make-up mata dia punya lah style. Aku tak rasa fenomena ni berlambak kat Malaysia, tapi still ada segelintir yang dah berpurdah tapi nak style.
Bukan ke pakai purdah ni niat taknak orang tengok kita? Tapi kalau mata dah kasi touch-up lawa-lawa, tak ke orang pandang? And walaupun berpurdah, ada segelintir kaum Adam masih sukakan mata kaum Hawa, lagi-lagi bila di make-up. Aku mohon, tolonglah jangan.. Sadis sangat. Tersangat sadis. Dan aku mohon, kalau satu hari aku diberi petunjuk, aku tak ikut budaya macam ni.
Harap orang kat Malaysia pun takdelah ikut amalan ni, ye tak?
4. Pakai purdah, ayunya. Bukak purdah, ya Allah. Tak terkata.
xxmylifeisdabestxx.blogspot.com |
Kes ni berlaku kat sahabat aku sendiri. Dia cerita pengalaman dia jumpa sorang perempuan berpurdah masa solat kat satu masjid ni. Oleh kerana sahabat aku ni pun jenis baik-baik, dia nak tegurlah perempuan berpurdah yang umur macam dekat-dekat sama dengan kitorang. Mungkin nak mintak experience pakai purdah ke, apa ke, aku pun taktau la.
Tapi niat dia terbantut bila perempuan berpurdah tu punya phone berbunyi. Yang lagi buat sahabat aku terkejut tahap gaban, perempuan berpurdah tu mencarut-carut cakap dalam phone. Sadis, memang sadis.
And sorang makcik ni datang kat perempuan tu and tegur kelakuan dia, lagi-lagi dalam masjid.
Aku bukan nak kata orang berpurdah ni kena alim, tak. Aku tak kata. Tapi, berpada-padalah. Kita jangan pandang perspektif kita je.
picsquare.com |
“Aku pakai purdah lindung muka aku, takde kena ngena dengan akhlak aku.”
Pada pandangan masyarakat, YES, akhlak pun ada kena-ngena. Aku tak mintak kita jadi hipokrit, aku mintak kita muhasabah diri selalu, lagi-lagi bila tengok muka kita kat cermin and sedar yang kita ni berpurdah. Orang kata, dah lindung luar, biarlah lindung dalam sekali. Ye tak?
Kalau mulut jenis talkative, so why not? Tapi lebih banyakkan cakap benda yang bermanfaat. See? Gunakan cara yang lagi positif. Be yourself, but at the same time improves yourself. And kebanyakan sebab ni lah ada segelintir muslimah yang tak pandang pun muslimah berpurdah. Sepatutnya bila tengok perempuan berpurdah ni, bagi semangat lagi kat muslimah lain untuk jadi better.
Macam sahabat aku la. Elok-elok dah semangat, sejuk hati, tiba-tiba sangkaan dia salah.
5. Nak pakai purdah, tapi family halang. *Sadis, berdiri kat penjuru dinding*
syauqahwardah1209.blogspot.com |
Ini satu kes yang aku selalu dengar dan kebanyakannya remaja perempuan la. Nak pakai purdah, tapi family halang. Ada yang siap kata,
“Tak kira jugak! Nothing can stop me from being near to Allah!”
Wait wait wait seminit. Korang kena faham, antara ikut perintah ibu bapa dengan pakai purdah, ibu bapa diutamakan dulu. Bukan maksud aku korang kena bantutkan niat korang and halang korang dekat dengan Allah SWT, tak. Ada sebab parents korang tak setuju. Ada sebab. Contohnya macam ayah aku. Aku pernah duduk saja cerita-cerita pasal purdah. And pendapat dia,
“Tak perlulah pakai purdah. Ayah rasa kalau tengok orang yang pakai purdah, lagi orang laki pandang 2-3 kali. Ada yang pelik, lawa sangat ke muka dia? Orang laki rasa lagi nak bukak purdah dia and tengok. Lagipun orang Arab sana pakai purdah sebab pasir masuk hidung. Kita ni kat Malaysia.”
Itu bagi pandangan ayah aku la. Setiap manusia ada pandangan masing-masing, so kita kena hormat. Aku jugak baru terfikir, tak sangka ada lelaki yang bila tengok orang pakai purdah, lagi nak tengok. Kiranya korang nampak tak implikasi dia? By the way, ayah aku lelaki. Itu pandangan sesetengah orang laki pulak la kan.
genta-rasa.com |
Aku faham niat orang perempuan nak berpurdah ni walaupun dengar pandangan ayah aku. And lagi satu. Kalau korang dah pakai purdah, tapi bila dah kahwin suami korang suruh tanggal purdah? Nak lawan cakap suami? Menanggung laaa. Tapi ni aku taktaulah, aku just nak korang prepare diri kalau situasi ni terjadi sebab sedara aku pernah cerita benda ni. So tak mustahil.
Bagi aku, untuk elakkan orang laki pandang 2-3 kali tu, bersuami la. Kahwin la. Bila orang laki nampak suami dengan isteri dia yang berpurdah, diorang tak hairan. Sebab segelintir perempuan berpurdah untuk bagi kecantikan dia kat suami dia je.
See? Aku dah bagi korang idea. Korang tanam cita-cita berpurdah korang dulu. Lepas kahwin, mintak izin suami. Suami izinkan, pakailah. Time tu keluarga pun sikit-sebanyak setuju. Alasan?
ibudamia.blogspot.com |
Nak tunjukkan kecantikan hanya untuk suami tercinta. Ceeettt...
6. Kerja aku bodyguard, nanti ada orang ingat aku ni perompak.
akuislam.com |
Yees! Inilah benda yang segelintir kaum purdah dilema tahap gaban. Pekerjaan. Kebanyakan muslimah berpurdah yang aku jumpa ni kerja depan komputer. Oleh kerana komputer tak kisah bekerja dengan manusia walaupun muka pecah rumah, jadi kira lampu hijau untuk orang berpurdah bekerja dengan diorang.
Tapi kalau kerja dengan orang awam? Maksud aku kaunter pertanyaan. Korang jangan fikir,
“Semua orang boleh terima orang pakai purdah.”
Mana tau ada sorang budak ni sesat, nak cari ibu ayah dia. Then nak cakap kat kau, tapi dia tengok muka kau macam hantu kum-kum. Bukan budak-budak je, segelintir orang dewasa pun ada yang takut. Ada orang fikir macam pengikut Osama Bin Laden. Contohnya macam aku la. Korang suka tengok badut dan makhluk berkostum? Aku tak suka. Sebab diorang nampak menakutkan dan aku taktau rupa di sebalik ‘kecomelan’ diorang. Tapi kebanyakan orang suka. See? Masing-masing ada citarasa.
nurf1907.blogspot.com |
Maybe ini pun salah satu jugak kenapa family korang halang. Aku faham, rezeki di tangan Allah. Kalau ikhlas, mesti Allah permudahkan. Jadi, baguslah kalau korang fikir positif dan cari pekerjaan yang kena dengan diri korang nanti.
Kalau jadi suri rumah, lagi bagus kan. Itu pun kalau lah suami korang owner syarikat Petronas atau Menteri Kewangan yang baru. Malaysia ni makin lama makin tinggi sara hidup. So, kita kena pandai-pandai lah hidup.
mforum.cari.com.my |
So, inilah antara masalah yang aku dapat tangkap dalam isu berpurdah ni. Sekali lagi aku nak nyatakan, aku bukan bermaksud halang korang berpurdah. Aku lagi suka. Aku bagitau ni nak mengingatkan, harap korang dah bersedia sepenuhnya sebelum menempuh ujian-ujian ni. Aku berdoa niat suci korang dipermudahkan. Doakan aku jugak, mudah-mudahan aku dapat jadi lebih baik daripada sekarang. Alrite! Usaha!
No comments:
Post a Comment