Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll) 
Adil dalam pembahagian harta rampasan 
Tidak
 memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan 
pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa 
perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun 
dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya
 membunuh perempuan berkenaan) 
Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir berjaya 
dipulihkan dari sumur Zarwan. Tidak pernah baginda mengungkit 
kembali perkara berkenaan walaupun di hadapan Yahudi berkenaan. 
Pernah
 baginda dihunuskan pedang dan ditanya "Siapakah yang mencegah engkau 
dariku?" dan baginda menjawab "Allah". Maka jatuhlah pedang tersebut dan
 baginda mengambilnya dan bersabda "Siapakah yang mencegah engkau 
dariku?" Lelaki itu menjawab "Adalah engkau hendaknya sebaik-baik orang 
yang mengambil kebajikan" Baginda menjawab "Aku bersaksi bahawa tiada 
Tuhan Melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah" Lelaki itu menjawab 
"Tidak, hanya aku tidak akan memerangimu. Aku tidak akan bersamamu dan 
aku tidak akan bersama kaum yang memerangimu" Lantas Baginda melepaskan 
lelaki berkenaan dan mendekati sahabat-sahabatnya dan bersabda : "Aku 
datang kepada kamu dari orang yang terbaik antara manusia" 
Perkara-Perkara Yang Tidak Digemari Rasulullah Saw
Seorang
 laki-laki masuk ke tempat baginda SAW dengan memakai kain yang berwarna
 kuning (pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari 
situ, baginda mengatakan kepada sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan 
tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.   
Seorang Arab Badwi
 telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda SAW. Para 
sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air
 kecilnya dan baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini 
tidak harus berlaku di dalam masjid.   
Dll.
(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )
Kemurahan Hati Rasulullah Saw  
Sayyidina
 Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, 
manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, 
manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut 
kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa 
melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan 
barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya 
mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata : "Tidak pernah 
aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW"   
Seorang
 lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing 
dan lelaki itu kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya 
memeluk Islam.   
Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.   
Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.   
Pernah
 baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi 
kehendak si peminta, Baginda SAW menyuruhnya membeli secara berhutang 
atas nama baginda dan baginda berjanji untuk melunaskannya.
(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai ) 
No comments:
Post a Comment