Sejarah Puasa Assyura
Riwayat: 
(Muslim
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya 
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah 
berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda 
tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh 
orang lain berpuasa juga". 
Huraian Hadith: 
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. 
  
Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari 
terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping 
kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 
10 Muharram juga telah mencatatkan
 beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang
 dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah
 bahawa pada tarikh tersebut: 
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. 
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. 
(3) Dicipta Adam a.s. 
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
 (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya. 
(9) Lemasnya Firaun. 
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. 
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit. 
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. 
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. 
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
No comments:
Post a Comment