Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh 
oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat 
adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada 
gaya atau fesyen pakaiannya.
  
  Betulkah dan bagaimanakah pula 
seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga 
menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? 
Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat 
rupa-rupanya.
  
  Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada 
persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang 
mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan 
pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.
  
  
Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen 
penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita 
seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah 
bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan 
aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.
  
  
Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat 
dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada 
majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan 
tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak 
melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, 
Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah 
-majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja 
diimport dari luar seperti Her World, She Elle, Vogue dan Cosmolitan 
sebagai contoh.
  
  Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang 
hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau
 cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr 
Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam 
sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra 
syarat yang perlu diikuti iaitu:-
  * Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
  * Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
  * Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya
  * Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
  * Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki
  
  Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
  "Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar 
bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)
  
  Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
  * Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. 
Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini 
berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem
 pendidikan mereka
  * Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
  * Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung 
gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai 
faktor penggalak.
  * Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak
  
  Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak 
dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama
 hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang
 berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan 
dibendung... ..
  
  Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara 
No comments:
Post a Comment