Pages

Sunday, November 17, 2013

Alkisah : 5 Minit Dalam Kehidupan Ustazah Fatimah . . .

Di dalam sebuah taman terbuka, ustazah Fatimah duduk di bangku bertentangan dengan Ramli, seorang bapa yang turut membawa anak-anaknya untuk bermain di taman itu.

“Itu anak lelaki saya di sana,” kata Ustazah Fatimah sambil menunjukkan jarinya ke arah seorang budak lelaki berbaju merah yang sedang bermain basikal.

“Anak yang soleh,” jawab Ramli.

“Itu anak perempuan saya berbaju putih sedang bermain buaian” kata Ustazah Fatimah.

Ustazah Fatimah terus berbual dengan Ramli mengenai keluarga masing-masing.

Melihat jam menghampiri 6.30pm, Ustazah Fatimah bertanya ke anak lelakinya yang berusia 5 tahun, “Hamid, apa kata kita balik rumah masa dah nak masuk waktu Maghrib sekejap lagi?”

“Mak, lima minit lagi boleh?” jawab anak lelakinya.

Ustazah Fatimah menangguk. Selepas lima minit, Ustazah Fatimah bertanya lagi.

“Mid, masa dah sampai, jom balik,” katanya. “Mak, boleh lima minit lagi. Lima minit sahaja lagi,” rayu anak lelakinya lagi.

Ustazah Fatimah menggangguk ok sambil senyum.

“Ustazah memang seorang penyabar. Kalau saya, saya dah lama marah kat anak saya,” kata Ramli yang kagum dengan kesabaran Ustazah Fatimah.

“Abangnya Salih terbunuh dilanggar seorang pemandu mabuk tahun lepas semasa mengayuh basikal di sini. Saya tidak meluangkan masa yang banyak bersama abangnya Salih dan sekarang saya akan memberikan apa sahaja untuk menghabiskan lima minit lagi untuk bersama anak-anak saya. Saya berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama pada anak-anak saya. Hamid rasa dia ada 5 minit lagi untuk mengayuh basikal. Tapi yang sebenarnya ialah, Allah memberikan saya 5 minit lagi untuk melihat anak saya bermain.”

Pengajaran: Hidup ini semuanya berkisar kepada apa yang penting dengan apa yang tak penting. Keluarga ialah benda terpenting bagi setiap orang, dan oleh itu, luangkan masa dengan sebaiknya bersama orang tersayang.

Berapa antara kita yang sudah terabaikan anak-anak kita semata-mata terlalu fokus dalam pekerjaan, perjuangan kita dan aktiviti masing-masing? Jaga prioriti dalam kehidupan, sesal kemudian tiada berguna.

No comments:

Post a Comment