Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, October 9, 2013

Sederhana Dalam Pergaulan Pelihara Adab

BERKAWAN dan bergaul amat digalakkan, kerana dapat merapatkan hubungan silaturahim dan melahirkan sifat bantu membantu, tetapi berlebihan dalam pergaulan tidaklah digalakkan, kerana boleh menimbulkan 'penyakit' dan permusuhan.

Sikap berpada dan bersederhana amat digalakkan, supaya keseronokan yang mewarnai alam pergaulan itu tidak hilang. Di samping itu, wajar juga setiap Muslim memelihara adabnya, antaranya ialah:


  • Mengelak pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

  • Mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti bercerita keburukan orang lain, mengadu domba, fitnah dan mengata.

  • Sentiasa saling menghormati antara satu sama lain.

  • Memelihara maruah diri, sama ada dari segi tutur kata, pakaian dan sikap.

  • Elakkan bergaul dengan orang jahat.

  • Hindari pergaulan yang membawa kepada maksiat.

  • Tidak berbual perkara tidak berfaedah dengan kawan.

    Sesetengah pihak mendapat keuntungan melalui pergaulan, seperti dapat mengetahui ilmu baru dan peluang perniagaan, tetapi ada juga yang mendapat kerugian misalnya semakin hanyut di dalam kancah kejahatan.

    Justeru itu, sikap berhati-hati dalam memilih kawan dan tempat pergaulan amat penting. Tersilap langkah, akan mengundang binasa. Ketahuilah, dalam pergaulan ada empat jenis manusia, iaitu:

  • Jenis makanan berkhasiat - iaitu kalangan cerdik pandai (ulama) yang membawa keuntungan dunia dan akhirat.

  • Jenis ubat - mereka diperlukan untuk melancarkan urusan mata pencarian, seperti ahli perniagaan dan profesional dalam bidang sosio-ekonomi.

  • Jenis penyakit - mereka yang tidak membawa keuntungan, bahkan kerugian dunia dan akhirat.

  • Jenis racun - Mereka suka memandai-mandai (bidaah), menghalang sunnah, menyeru kepada kesesatan dan maksiat.
  • No comments:

    Post a Comment

    Translate

    Muhasabah Diri Sebelum Tidur

    "Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
    (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

    بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
    Bismikallahumah Ahya Wa'amut...