Pages

Tuesday, October 15, 2013

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Mbr1Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun peranan Masjid Negeri di Sembulan tetap sebagai masjid utama di Negeri Sabah.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang indah di persisiran pantai yang indah dengan lanskap persekitaran menunjukkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan pandangan laut yang berhadapan dengan pulau-pulau yang indah.

Lokasi masjid ini berada di tengah-tengah kawasan para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain.

Masjid ini di ditadbir di bawah sebuah jawatankuasa, iaitu gabungan para profesional dalam pelbagai bidang dan para ulama dan pendakwah bagi memantapkan fungsi masjid ini, selaras dengan keperluan hari ini. Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS) bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan masjid ini dari masa ke semasa.

Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan.

Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7.

Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.

Projek pembinaan ini tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan dan hanya diteruskan pada 1994. 


No comments:

Post a Comment