Pelbagai keutamaan yang sangat banyak telah ditetapkan akan kelebihan saf pertama/barisan hadapan dalam solat, antaranya:
a. MELAKUKAN UNDIAN ATAS SAF/BARISAN PERTAMA
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Seandainya
umat manusia mengetahui pahala yang terkandung pada SERUAN AZAN dan juga
SAF PERTAMA, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali melalui
undian, nescaya mereka akan berundi.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah saw: “Seandainya kalian mengetahui atau mereka
mengetahui apa yang terdapat pada BARISAN TERDEPAN (SAF PERTAMA), nescya
akan diadakan undian.” – Riwayat Muslim
b. SAF PERTAMA SEPERTI SAF MALAIKAT
Telah ditegaskan bahawa SAF PERTAMA adalah seperti SAF MALAIKAT. Hal
ini didasarkan kepada hadis Ubay bin Ka’ab r.a dari Nabi saw, bersabda:
“Sesungguhnya SAF PERTAMA sama seperti SAF MALAIKAT. Seandainya kalian
mengetahui apa yang terdapat padanya (SAF PERTAMA), pasti kalian akan
bergegas mengejar/merebutnya.” Riwayat Abi Daud
Dalam
mensyarahkan sabda Rasulullah saw tentang “SAMA SEPERTI SAF MALAIKAT”,
Syaikh Ahmad al-Bana menyatakan, iaitu “DALAM KEDEKATAN KEPADA ALLAH
SWT, TURUNNYA RAHMAT DAN PENYEMPURNAANNYA.” Ini bermaksud, para Malaikat
itu berbaris dalam beribadah kepada Allah swt.
Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah keluar menemui kami lalu bersabda:
“Tidakkah kalian berbaris seperti para Malaikat berbaris di sisi
Tuhannya? Kami bertanya” “Wahai Rasulullah saw, bagaimana para Malaikat
itu berbaris di sisi Rabbnya ?” Rasulullah saw menjawab: “Menyempurnakan
SAF PERTAMA, lalu mereka merapatkan diri dalam saf. – Riwayat Muslim
c. SAF PERTAMA SEBAIK-BAIK SAF
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang PALING PERTAMA dan
seburuk-buruknya adalah yang PALING AKHIR. Sebaik-baik saf bagi
perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah YANG
PALING PERTAMA.” – Riwayat Muslim
PERBAHASAN:
Imam
an-Nawawi rhm. menjelaskan, ada pun saf lelaki secara umumnya yang
terbaik adalah urutan SAF PERTAMA untuk selamanya dan yang paling buruk
adalah SAF TERAKHIR. Manakala sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang
PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah SAF PERTAMA. Tetapi yang
dimaksudkan hadis ini DENGAN SAF PEREMPUAN adalah APABILA PEREMPUAN
BERJEMAAH DENGAN LELAKI TANPA ADA HALANGAN ANTARA KEDUANYA (saling dapat
melihat).
Sepakat para fuqaha bahawa saf yang utama bagi
lelaki sama ada bersama mereka, kanak-kanak atau perempuan adalah SAF
PERTAMA. Begitu juga bagi perempuan yang TIDAK BERSAMA mereka makmum
lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ADA penghalang atau
tabir antara keduanya, maka yang utama bagi perempuan adalah SAF
PERTAMA. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki
TANPA penghalang atau tabir, maka yang lebih utama bagi perempuan adalah
SAF TERAKHIR.
MAKSUD SEBAIK-BAIK SAF BAGI LELAKI DAN
PEREMPUAN adalah yang paling banyak mendapat pahala, mana kala
SEBURUK-BURUK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling sedikit
mendapat pahala. KEUTAMAAN SAF AKHIR bagi wanita (berjemaah dengan
lelaki tanpa penghalang/tabir) adalah untuk mengelak fitnah dari lelaki
melihat mereka (wanita) serta tertarik hati kepada mereka ketika melihat
gerakan, wajah, mendengar ucapan mereka dan sebagainya.
ALLAH SWT DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA
SAF PERTAMA adalah yang paling banyak mendapat selawat. Ini
disandarkan kepada hadis Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA.
Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ?
Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA
berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya lagi, Wahai Rasulullah,
apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda menjawab, “Iya, pada barisan kedua
juga.” – Riwayat Ahmad dan Ath-Thabrani
Dari Nu’man bin Basyir, dia bercerita, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf pertama atau beberapa saf pertama.” – Riwayat Ahmad
Manakala al-Bara’ bin Azib r.a bercerita dari Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf-saf terdepan.” – Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah
NABI SAW BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA SEBANYAK 3 KALI SEDANGKAN ATAS SAF KE-2, SATU KALI SAHAJA
Perkara ini berdasarkan kepada hadis al-”Irbad bin Sariyah r.a bahawa
Rasulullah saw berselawat atas SAF PERTAMA sebanyak 3 kali dan 1 kali
atas saf kedua. Menurut Ibnu Majah bahawa Baginda Rasul saw memohon
keampunan untuk saf pertama, 3 kali dan untuk saf kedua, sekali.
WALLAHU’ALAAM WALHAMDULILLAH
Setelah kita mengetahui dan memahami kelebihan-kelebihan SAF PERTAMA,
marilah bersama mencapai keredhaan Allah dan berusahalah menempatkan
diri di saf pertama dalam solat. Hanya kita yang membuat keputusan, MAHU
atau TIDAK MAHU meraih sesuatu yang hebat buat bekalan hidup kita di
akhirat. Aamiin.
No comments:
Post a Comment