Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, October 11, 2013

Keaiban orang lain hendaklah disembunyikan

GOLONGAN yang menyebar khabar angin dan surat layang bagi memburuk-burukkan orang lain adalah manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kestabilan hidup.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar.
Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu.
Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal anugerah Allah.
Ini kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan. Jika pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dan dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu.
Akibat perbuatan itu, akan wujud dendam berpanjangan di antara yang menuduh dan kena tuduh. Masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Islam juga melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, jangan jaga tepi kain orang. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan sumbang dalam masyarakat, dibolehkan berbuat demikian. Ini untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat dan ajaran agama.
Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan menegah daripada perkara sumbang. Ia sebaliknya untuk mendapatkan maklumat peribadi seseorang. Maklumat itu kemudian dijadikan alat membalas dendam kepada orang itu.
Islam menuntut umatnya agar menyembunyi keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.
Telinga adalah pancaindera anugerah Allah. Justeru, Muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar berita atau khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya.
Tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar apa yang didengar kepada orang lain. Ini mengelakkan daripada turut terbabit sebagai penabur fitnah yang bakal memporak-perandakan kehidupan bermasyarakat.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri." (Hadis riwayat Muslim)
Satu sifat orang yang suka menyebar khabar angin dan fitnah ialah hasad dengki dan iri hati.
Hasad dengki dalam definisi lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.
Kesannya besar, bukan saja kepada orang yang didengki, malah akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...