Pages

Wednesday, October 30, 2013

Jodoh

Kenapa lambat kahwin?
Orang datang minang putus.
Orang datang merisik tak jadi.
Kenapa? Terutama kaum wanita.

1. Sihir
- orang hantar sihir supaya orang datang minang tak berminat pada wanita yang dipinang, orang taknampak anak dara orang tersebut.
- Nak elak :
A) baca surah Ar-Ra'd ayat 1-3 setiap kali selepas solat.
baca surah Ar-Ra'd pada air dan diberi minum serta mandi dengan air itu.

2. Jin jatuh cinta
- Tandanya, lebam-lebam pada bahagian peha, suka berkurung, suka cakap sendirian, tidur ditindih dan seumpama.
- Nak ubati :
A) Tugas ibubapa.
- jangan biar anak duduk termenung.
- jangan biar anak duduk berkurung.
- jangan biar anak cakap sendirian.

Tugas anak.
- kekuatan dalaman, jangan layan hasutan jin syaitan.
- perbanyakkan baca Al-Quran setiap kali usai solat.
- banyakkan buat solat sunat.
- selalu dengar mp3 ayat-ayat pendinding seperti zikir dan ayat Ruqyah terutama di dalam bilik tidur.
- banyakkan duduk dengan family atau kawan-kawan.

#Perubatan Islam :
- Ambil 3 biji limau nipis, hiris dan campur dengan air mandian selama seminggu.
- Setiap hirisan limau dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7kali.
- Sebab : jin/makhluk halus suka bau badan manusia, jadi limau mampu menghalang jin dari mendekati.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment