Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
''
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam
masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia
bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia
berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia
mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu
kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan
empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat
bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya
daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan
apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk
nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah
baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik
atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
P/S : Anak adalah
anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan
kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan
mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari
perbuatan kejam kita terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment