1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang
tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang
digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup
mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan
ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah
menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai
mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup
mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa
Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang
hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya
juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa
sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi
menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita
supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan
syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan
hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
5. Untuk
melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak
ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6.
Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan,
sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan
Allah.
7. Untuk memberikan kegembiraan kepada keluarga yang
melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada
daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan,
mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka
masa yang lama.
8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup
ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa
pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.
moral
: lakukan kebaikan kerana Allah..dengan hati yg
ikhlas..insyaAllah..setiap yg kita lakukan Allah akn bg ganjaran di
akhirat nnt..
No comments:
Post a Comment