APABILA berdepan dengan masalah, lazimnya diri di
selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan
masalah yang tidak berpenghujung. Bagi me ringankan tekanan, ada
beberapa cara patut diketahui:
1. Bersabar dengan segala yang
menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta la ranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan ber sabarlah
atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Luqman:17)
2.
Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan
dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada
mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang
orang yang berdusta.” (al-Ankabuut:2-3)
3. Setiap masalah ada
hikmahnya, seperti dapat meng gugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda,
maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah
akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang
menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bu khari)
4.
Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa
kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus menyedarkan diri akan keagungan
dan kekuasaan Allah. “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan
kepada-Nyalah kami kembali.” (al-Baqarah:156)
5. Adanya masalah,
kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara
keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah
manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
6. Ujian adalah tanda
Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa
dikehendaki Allah ba ginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
8.
Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada ma salah, cuma bezanya
kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah
diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang
lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment