Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…
Orang yang bersih hatinya sentiasa rendah diri dengan Allah Taala Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata " Kerana dosakulah
ujian ini datang" "Tuhan menghukum ku kerana dosaku" "moga-moga aku
terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada
orang lain yang bernasib baik, mungkin berpangkat atau kaya gembira
hatinya.. Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan accident, miskin, sakit… hatinya turut sedih dengan kesedihan orang
Jika dia mendapat nikmat dia merasa malu dengan Tuhannya kerana
merasa tidak layak menerima nikmat itu Hatinya merasakan…" Apa maksud
Tuhan memberi aku nikmat untuk aku bersyukur atau kufur?" Cemas
jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara kerana nikmat itu masih
menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan Sedikit pun tidak
cacat hatinya dengan Allah kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan
Bila disusahkan orang, terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah aku disusahkan." Dia tidak berdendam bahkan
mendoakan orang itu, dengan kebaikan…
Nikmat Tuhan disyukurinya pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas kematian di depan mata, bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya amal-ibadahnya dilupakan sahaja kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…
Kakinya di dunia namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat Begitulah hati orang yang
bersih dengan Tuhan..
No comments:
Post a Comment