Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan,
duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu
sempit.
Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai
fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca
al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya
di sisi Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang
sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan
rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian
seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah
al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar.
Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya
rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan
secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah
dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi
pencerahan kepada minda kita.
No comments:
Post a Comment