Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik 
telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai 
pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara. 
1.
 Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah 
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk 
berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah
 s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air 
(tandas)." 
2. Iblis berkata "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan
 kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah
 tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai 
iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan 
(pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan 
sebagainya." 
3. Iblis berkata lagi "Ya Tuhanku! Engkau telah 
memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. 
Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang 
bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi 
yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan). 
4. Iblis berkata
 "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata
 benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang 
bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng
 berkaitan dengannya)". 
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! 
Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau 
mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk 
mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan
 untuk mu ialah seruling." 
6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! 
Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak 
Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang 
bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal 
nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya." 
7. Kata iblis
 "Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat 
Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t 
yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu 
dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang 
lebih kurang sama dengannya). 
8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! 
Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah
 perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "wahai iblis, 
perangkap untukmu ialah wanita-wanita." 
9. Kata iblis "Wahai 
Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang 
disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang 
bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak 
disebut nama Allah." 
10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau 
telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? 
"Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah 
sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah 
No comments:
Post a Comment