Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.
“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”
“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.
“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.
“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana
mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.
“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.
“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk
sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.
“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.
“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.
“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan
kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil
tergelak.
“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…
“Tak ustaz,” jawab hadirin.
“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.
Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….
Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”
“Letak saja gelas tu ustaz . Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.
“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung….
“Begitu
juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam
kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan
timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah
itu, ia akan lumpuh hidup kamu semua. Kamu tak akan dapat melakukan
apa-apa.
Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada
cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk
meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, kamu semua
tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segera untuk mengatasi
cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup
sementara ini.
Letakkan gelas air itu sebelum tidur .
No comments:
Post a Comment