Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, July 11, 2013

Letakkan Gelas Air Itu Sebelum Tidur

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.

“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”

“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.

“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.

“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.

“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.

“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.

“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.

“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.

“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.

“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…

“Tak ustaz,” jawab hadirin.

“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.

Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….

Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”

“Letak saja gelas tu ustaz . Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.

“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung….

Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup kamu semua. Kamu tak akan dapat melakukan apa-apa.

Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, kamu semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segera untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini.


Letakkan gelas air itu sebelum tidur .

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...