Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, July 10, 2013

Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr Mengikut Panduan Imam Al-Ghazali



Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;

  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23



Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."



Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.



Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka.

Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23

'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...