ADAB HARI JUMAAT 
 1. Untuk menghormati hari Jumaat, kita mulai mempersiapkannya  sejak hari Khamis seperti memotong kuku dan memotong rambut. 
 2. Disunnahkan mandi Jumaat. (HR Bukhari)    *Salah satu hak Allah dari
 hambanya dalam mandi adalah setidak-tidaknya kita mandi dalam seminggu 
satu kali iaitu mandi dihari Jumaat. 
 3. Dianjurkan banyak bersiwak dihari Jumaat (HR Bukhari)  
 4.Disunnahkan memakai wangi-wangian. (HR Bukhari)  
 5. Dianjurkan agar memakai pakaian terbaik dihari Jumaat. Hari  Jumaat 
adalah hari raya bagi muslimin yang harus kita hormati. Sebagaimana hari
 raya umat Yahudi di hari Sabtu dan Nasrani hari Ahad.  
 6. 
Usahakan pergi kemasjid berjalan kaki (bila memungkinkan) kerana setiap 
langkah untuk pergi shalat Jumaat akan mendapat ganjaran 1 tahun 
berpuasa.  (HR Bukhari) 
 7.Disunnahkan berdoa diantara 2 
khutbah tanpa mengangkat  tangan dan cukup diucapkan dalam hati. * Salah
 satu waktu makbulnya doa.  (HR Bukhari)   
 8.Dianjurkan agar membaca surah Al-Kahfi sebelum atau   sesudah Jumaat.  Pahalanya antara lain:  
        a. Diampunkan dosa-dosa kita selama seminggu yang lalu,          b. Diselamatkan dari gangguan Dajjal. 
 9. Dianjurkan perbanyakkan selawat keatas Nabi saw. 
 10. Barangsiapa yang membaca selawat 80 kali setelah shalat Asar dihari
 Jumaat sebelum berdiri dari tempat shalatnya maka mendapat pahala 80 
tahun beribadah dan 80 tahun dosanya diampunkan Allah swt.  
 11. Bacaan selawat : 
      Allahhumma salli ala muhammadinin nabiyil ummi wa ala alihi wa shabihi ajmaian. 
 12.  Saat-saat terkabulnya doa dihari Jumaat : 
         1. Setelah shalat Subuh sampai Isroq           2. Ketika 
matahari tepat diatas           3. Ketika naiknya khotib kemimbar       
   4. Antara 2 khutbah           5. Ketika turunnya khotib dari mimbar  
        6. Setelah shalat Jumaat          7. Setelah shalat Asar sampai 
menjelang Maghrib 
 13. 5 peristiwa penting dihari Jumaat  
  
      1. Allah menciptakan Adam manusia pertama         2. Allah 
mengusir Adam dari Syurga ke Bumi         3. Allah mewafatkan Adam      
   4. Ada satu saat yang bila hamba meminta kepadaNya            pasti 
akan dikabulkan oleh Allah pada saat tersebut.         5. Terjadinya 
kiamat (HR Ahmad, Abu Dawud) 
 14. Disunatkan berpindah tempat jika mengantuk ketika sedang mendengar khutbah. (HR Abu Dawud dan Tarmidzi)  
 Terima kasih, dan apa jua yang telah anda tahu dan belum mengamalkan 
anggaplah ini merupakan pertama kali anda mendengarnya dan harap 
sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. 
 Wassalam 
No comments:
Post a Comment