Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain. 
Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia 
selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain,
 perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.
  
Elakkan
 seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri
 bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan 
fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke 
arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.
2. Menyimpan dendam lama-lama. 
Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya 
menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis
 api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.
3. Jadi terlalu sensitif. 
Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, 
ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan 
diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari 
gaduh.
4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam. 
Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi 
dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak 
berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa 
bermasalah selagi Anda masih tak berubah!. 
No comments:
Post a Comment