1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu 
dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa 
meletakkan tangan di atas dada. 
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah 
Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud. 
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan 
salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali. 
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus
 menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa 
bermusafir.
 
6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan). 
7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri 
Nabi. 
8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam
 Hadis seperti Bukhari dan Muslim. 
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 
kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada. 
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu 
Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, 
Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut 
tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran
 mereka. 
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu 
Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 
12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa 
kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan 
bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih 
tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling 
hampir dengan Allah. 
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW. 
14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah 
syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). 
Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang 
dari imam-imam 12 maka jatuh kafir. 
15.Kain kafan mayat mereka bertulis. 
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12. 
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya
 mereka letak di dalam bilik. 
18.Suami halal meliwat isteri. 
19.Harus taqiah (boleh menipu \\ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah
 masuk syiah. 
20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh 
itu bermakna mereka bertaqiah. 
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut
 kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah. 
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya 
menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana 
seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain. 
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya 
Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, 
pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan
 mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam 
merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara
 teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di 
Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan 
pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat 
lain ada yang memukul badan dengan rantai. 
 [Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.
No comments:
Post a Comment