Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, June 5, 2013

Sejarah 5 Kalimah Suci Dalam Islam

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/420682_562244920474518_230952529_n.jpg
:: Asal usul zikir Subhanallah,Alhamdulillah,Laillahaillallah,Allahhu akbar dan Wala haula wala quwata illa billah ::
SUBHANALLAH….Ibnu Abas ra berkata "Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy,dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah “SUBHANALLAH”dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah “SUBHANALLAH”.

ALHAMDULLILAH… Ibnu Abas ra berkata "Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut Adam as ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca “ALHAMDULLILAH” dan ALLAH SWT membalasnya ” YARHAMUKKA RABBUKA” yang bermaksud “kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu.”

LAILAHAILLALLAH …. Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.

ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah
“LAILAHAILLALLAH”


ALLAHU AKHBAR ….Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as dengan seekor kambing,atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as menyebut “ALLAHU AKHBAR”.
Berkata para malaikat "Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik.Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan di sebut “SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHA WALLAHU AKHBAR”

Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah saw baginda merasa kagum dan terus membaca:

“LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIEL AZIEM”
Kemudian Malaikat Jibril as berkata"Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi…

SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM”.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...