Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, June 20, 2013

Berbuatlah Baik Kepada Musuhmu!

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Berbuat baik kepada musuh..? Seolah-olahnya tidak masuk akal. Iya.. Memang tidak masuk akal untuk orang yang ‘tidak mempunyai bahagian yang besar’ seperti kita.
Lihat firman Allah ini yang bermaksud :

"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat." [Fussilat : 34-35]

Syaikh al-Sa’di rahimahullah berkata dalam kitab tafsirnya ketika beliau mensyarahkan ayat ini :
Kemudian Allah Ta’ala memerintahkan suatu bentuk ihsan yang khas, yang mana ia mempunyai satu bahagian yang besar iaitu berbuat kebaikan kepada orang yang melakukan kejahatan kepada kamu. Allah berfirman (maksudnya) :

“Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik”,

iaitu : Jika salah seorang makhluk Allah itu memperlakukan kamu dengan cara yang tidak elok, terutamanya mereka yang mempunyai hak yang besar ke atasmu seperti saudara-mara, sahabat-handai dan sebagainya, samada dengan perkataan atau perbuatan, maka hendaklah kamu balas ia dengan melakukan kebaikan kepada mereka. Jika mereka memutuskan perhubungan, maka kamu sambungkan ia, jika mereka menzalimi kamu, kamu maafkan dia, dan jika mereka mengutuk dan mengumpatmu, maka janganlah kamu balas (dengan umpatan dan kata-kata yang tidak elok) bahkan kamu maafkan mereka dan pergaulilah mereka dengan kata-kata yang lemah lembut. Dan jika mereka memulaukan kamu, dan tidak bercakap denganmu, maka berkatalah dengan baik kepada mereka dan ucapkanlah salam. Jika kamu membalas kejahatan dengan kebaikan, sesungguhnya akan terhasil faedah yang besar.

“Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Dan tidaklah orang yang diberi petunjuk oleh Allah untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia ini kecuali mereka yang bersabar dan menahan diri mereka daripada perkara yang tidak disukainya, dan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah. Kerana secara tabiatnya jiwa itu suka untuk membalas kejahatan dengan kejahatan dan tidak memaafkan, inikan pula hendak membalas dengan kebaikan?!

Jika seseorang menyabarkan diri mereka, dan mengikut perintah Allah serta mengetahui betapa besarnya pahala dan tahu bahawa membalas kejahatan dengan kejahatan itu tidak memberi manfaat apa-apa pun kepadanya, bahkan ia akan menambahkan permusuhan dan membuat kebaikan kepada musuh itu tidak merendahkan martabatnya sedikit pun, bahkan siapa yang merendahkan diri kerana Allah maka Allah akan mengangkat darjatnya dan dimudahkan urusannya dan dia dapat melakukannya dengan mudah dan dengan rasa gembira.
Dan sifat ini juga tidak dapat diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar, kerana ia merupakan akhlak hamba-hamba Allah yang terpilih yang mana ia akan mendapat ketinggian darjat di dunia dan akhirat.

(Lihat : Tafsir al-Sa’di : 882)

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...