Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan 
dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. 
Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi 
kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
1. Ada 
golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu 
datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, 
hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah 
dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah 
pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, 
miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin 
kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap 
kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman 
Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan 
beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran 
kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. 
(Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta
 pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab
 seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.). 
2. Golongan kedua 
ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia 
memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan 
yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. 
Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.: "Dan diantara 
manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak 
tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan
 itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada 
kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, 
itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah 
makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya 
dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang 
jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila 
memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada 
digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu 
pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi 
sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman
 Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa 
kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat 
nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah 
Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia 
sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian 
itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi 
sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.). 
3.Golongan 
ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala 
petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi 
kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan 
apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami 
(dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri 
dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa 
cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon 
hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.). 
4. 
Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi 
kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat 
Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah 
dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa 
kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 
41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi 
apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk 
memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu 
tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya. 
5. 
Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. 
Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan 
perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap 
bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik 
senang ataupun susah. 
Demikianlah lima sifat golongan manusia 
dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan 
akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan 
bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu 
mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan 
mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk 
menghadapi ujian tersebut.
Copy & paste
Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.Musibah
 dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar
 dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang 
berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, 
kesenangan dan kenikmatan.
1. Ada golongan manusia yang ingkar 
bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian.
 Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua
 itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila 
kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir 
seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya 
dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir 
seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan 
dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya
 orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, 
sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, 
mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah 
meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan
 bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 
2:6-7.). 
2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin 
dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana 
apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, 
mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman 
Allah S.W.T.: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap 
dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, 
senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan
 berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) 
rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia
 menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak 
dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, 
itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang 
demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, 
kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila 
memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal 
itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang 
tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. 
Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat 
berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat 
pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! 
Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian 
Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat 
berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.). 
3.Golongan
 ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala
 petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi 
kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan 
apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami 
(dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri 
dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa 
cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon 
hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.). 
4. 
Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi 
kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat 
Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah 
dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa 
kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 
41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi 
apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk 
memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu 
tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya. 
5. 
Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. 
Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan 
perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap 
bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik 
senang ataupun susah. 
Demikianlah lima sifat golongan manusia 
dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan 
akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan 
bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu 
mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan 
mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk 
menghadapi ujian tersebut.
Copy & paste
Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.
No comments:
Post a Comment