Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama
dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan
zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat
ternikmat dalam hidup.
Kewajipan yang wujud ini sangat
penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan
berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak
sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita
akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan
mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa?
Ini dia jawapan menurut perubatan.
Sejumlah kajian
perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak
memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini
berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?
Ketika wanita
bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan
meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan
ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.
Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah
yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan
pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan
membantunya membawa darah yang cukup ke janin.
Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan
banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan
darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.
Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34
mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan
solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel
darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama
darah haid.
Mengalirnya darah akan meningkatkan
kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari
penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa
haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.
Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah
dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika
ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan
diserang penyakit.
Mungkin inilah hikmah besar
disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat
hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat
menyebutkan,
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid.
Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu,
hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah
kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci.
"(Al-Baqarah: 222).
Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah
aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid
bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.
Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan
menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan
mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk
berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam
tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.
Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda:
"... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?"
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda,
"Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."
Betapa banyak tanda-tanda yang Allah s.w.t. berikan kepada umat
manusia supaya berfikir. Allah s.w.t. yang begitu penyayang terhadap
manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti
ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan
pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh-Nya.
No comments:
Post a Comment