"Sekiranya kamu hendak mengetahui
akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang
yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini.
Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang
yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana
seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan
kawannya itu".
Berkata Ulama?"Janganlah kamu berkawan melainkan dua
orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya
sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya
kepadamu.
Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya: Berpesan
Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu
untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih
teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:
1. Jika kamu ditimpa
oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk
menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta
sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera
mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu
akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu
bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu
mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan
membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu
menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan
menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu
itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan
mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika
kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka
dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih
faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk
memelihara persahabatanmu itu.
No comments:
Post a Comment