Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda yang kotor
"buah
akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal
ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan
berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu
sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan
hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang
beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi
yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
No comments:
Post a Comment