Pages

Monday, May 27, 2013

Bila Isteri Mengamuk

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira hendak "mendua","mentiga" dan "mengempatkan" ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang "serangan" itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar,berhentilah
Kalau berdosa,bertaubatlah

Jangan berkira-kira hendak "berdua"
Kalau yang satu itu pun tidak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan
Tetapi mampukah meratakan keadilan memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayyub

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
"Bersabarlah kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita..
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu..
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita..
Dia yang membantu menjaga makan minum kita..
Dia yang mencuci kain baju kita..
Dia yang membantu membersihkan rumah kita..
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?"

Taburkanlah segenggam salji pada secubit api..
In shaa Allah cinta itu akan semarak kembali... ..

Nota : perkongsian bersama buat para suami dan juga para isteri diluar sana mahupun dalam vf ini..semoga ia dijadikan panduan kata utk bahagia rumahtangga kalian...

Buat "kamu" juga yang bakal bergelar "suami" ingatlah..aku xsentiasa sempurna..

No comments:

Post a Comment