JARUM jam menunjukkan 5.30
petang, ketika saya memeriksa e-mel. Terasa puas dengan kemudahan
penyaluran maklumat yang serba cekap dan pantas ini.
Saya seakan terlupa akan kewajipan diri terhadap Rabb yang masih belum lagi ditunaikan.
Waktu
Asar yang kian suntuk seakan-akan tidak terasa lagi. Dunia digital
serba canggih ini menyebabkan dunia yang besar terasa seakan-akan kecil
dan jarak yang jauh terasa seakan-akan dekat.
Jarak di antara Kuala Lumpur dan Dubai, bagaikan bersebelahan.
�Global
village� yang dihasilkan mencipta suatu keselesaan hidup kepada
manusia, di mana maklumat dapat disebarkan melalui medan maya saja.
Namun
begitu, sering kali harga sebuah kemajuan teknologi harus dibayar
dengan kemelut norma kemanusiaan. Manusia semakin hilang pengertian
terhadap ketuhanan, kasih sayang, pengorbanan dan erti kehidupan
sebenar.
Sering kali kelekaan manusia dalam melayari era
kemodenan mengalpakan mereka daripada menghayati dan merenungi hakikat
kejadian diri mereka yang sebenar. Kesibukan masa melayari web,
menyelusuri �homepage�, bersembang dan sebagainya terkadang menyebabkan
sebahagian daripada kita mengabaikan tanggungjawab sebenar terhadap Yang
Maha Rahim.
Satu e-mel yang baru saya terima ini benar-benar
menyentuh hati, lantas mengingatkan saya akan tanggungjawab diri
terhadap Rabb yang belum lagi ditunaikan. E-melnya berbunyi begini.
�Semoga
Allah memberikan ganjaran kepada orang yang berjuang untuk mencari
reda-Nya dan semoga Dia sentiasa mengingatkan mengenai kelemahan kita
melalui orang seperti mereka.�
�Dalam perjalanan ke Dubai, saya
dan suami singgah sebentar di sebuah masjid untuk menunaikan solat Asar.
Dari dalam kereta, saya lihat kelibat seseorang yang sedang bergerak
dari kawasan perumahan berhampiran.�
�Lama kemudian, barulah saya menyedari bahawa ia adalah kelibat seorang lelaki yang sedang merangkak menuju ke masjid.
�Dengan
hanya berbekalkan selipar getah pada kedua-dua belah tangannya,
bahagian bawah badannya diheret di atas permukaan bumi yang keras dan
berbatu. Dengan suhu setinggi, badannya basah dihujani peluh. Sebaik
tiba di perkarangan masjid, bajunya basah lencun dan mukanya merah
kepanasan.�
�Orang yang melintasinya hanya memerhati, mungkin
sudah biasa dengan kehadirannya. Seorang lelaki yang baru keluar dari
sebuah kedai, memerhatikannya, kemudian masuk semula ke kedai dan
membelikannya sebotol air sejuk. �
�Mereka berbual sebentar.
Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk membantunya menaiki tangga
masjid. Namun, lelaki cacat itu menolak bantuan berkenaan dengan baik. �
�Khuatir akan terlewat menyertai jemaah solat, lelaki cacat itu
meminta diri, lantas meneruskan perjalanannya menuju ke dalam masjid.�
�Saya
tidak mampu untuk melihatnya terus berusaha memanjat tangga masjid.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah cara untuk membantunya. Saya
hanya mampu menangis ketika mana mengingatkan hadis Nabi, maksudnya:
�Orang munafik mendapati bahawa solat Subuh dan Isyak berjemaah adalah
perkara yang membebankan. Sekiranya mereka mengetahui akan besarnya
nilai kedua-dua solat itu, mereka akan berusaha untuk menyertai jemaah
solat itu, walaupun terpaksa merangkak.� (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)�
�Lelaki itu sanggup merangkak ke masjid, meskipun di
bawah terik matahari, tidak merasakan bahawa solat berjemaah adalah
suatu beban, walau sedikit pun.�
Solat berjemaah sebenarnya
sangat dituntut ke atas setiap Muslim. Kelebihannya sering diperkatakan
oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Di antaranya adalah sebuah hadis
daripada Ibn Umar yang bermaksud: �Solat berjemaah adalah lebih utama
daripada solat sendirian dengan dua puluh kali darjat.� (Muttafaq alaih)
Hadis di atas sebenarnya menyokong firman Allah mengenai solat
jemaah yang disyariatkan. Firman-Nya bermaksud: �Dan apabila kamu berada
di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendaklah mendirikan
solat bersama-sama mereka.� (Surah an-Nisa, ayat 102)
Dilihat
pada solat berjemaah ini, hukumnya turut berubah mengikut solat jemaah
tertentu seperti sembahyang Jumaat yang wajib dikerjakan secara
berjemaah. Oleh itu, anjuran solat berjemaah ini sewajarnya diambil
perhatian oleh setiap Muslim kerana ia adalah sesuatu yang
dititikberatkan oleh Rasulullah dan sahabat.
Lihat perbandingan di bawah yang berasaskan hadis di atas:
- Solat bersendirian
= 1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjat.
- Solat berjemaah
= 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat
Jelas
di sini, sembahyang bersendirian selama 27 tahun, darjatnya hanyalah
bersamaan setahun solat berjemaah. Bayangkan gandaan darjat kurniaan
daripada Allah kepada mereka yang bersolat secara berjemaah. Jawapan ini
sebenarnya, memberi gambaran kepada kita betapa hikmah perintah Allah
dan rasul-Nya tersembunyi pelbagai hakikat yang kadang-kala tidak
disedari oleh kita.
Lantaran itu, tunaikanlah perintah dan
anjuran daripada Allah dan Rasulullah seperti solat berjemaah sama ada
bersama keluarga di rumah dan bersama masyarakat di masjid atau surau.
Bersempena
dengan Hari Bapa pada 14 Jun ini, marilah kita meminta bapa dan pemuda
agar lebih gigih mengimarah dan menghidupkan masjid dengan solat
berjemaah, sekali gus menjadi contoh ikutan yang baik (qudwah hasanah)
kepada anak lelaki mereka
No comments:
Post a Comment