Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah
Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala
berfirman :
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman
: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan
mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…(al-Nuur : 31)
Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid
dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas
mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak
menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan
perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)
Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment