Amalan yang boleh membawa seseorang itu ke syurga, insya-Allah:
1.
Lakukan 12 rakaat solat sunat sebelum atau sesudah solat fardhu iaitu 2
sebelum Subuh, 4 sebelum Zuhur dan 2 selepasnya, 2 selepas Maghrib dan 2
selepas Isyak. Faedahnya Allah SWT akan membina baginya mahligai dalam
syurga. Ia berdasarkan hadith baginda yang bermaksud " Sesiapa yang
dapat melakukan 12 rakaat solat sunat secara sukarela, maka dibina
baginya mahligai dalam syurga."
( Hadith Riwayat Imam Muslim)
2.
Dua rakaat pada waktu malam faedahnya: Doanya terkabul, dosanya
diampunkan Allah, hajatnya diperkenankan. Dalilnya seperti yang
ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Allah turun ke
langit dunia setiap malam ( lebih-lebih lagi sepertiga malam
)
hingga Dia berfirman: " Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku
perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku berikan kepadanya
dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampunkan dosanya." (
Hadith riwayat Imam Bukhari )
3. Lakukan 2, 4, atau 8 rakaat
solat Dhuha. Faedahnya: Seolah-olah seseorang itu bersedekah setiap
urat-urat jemarinya. Dalilnya seperti yang disabdakan oleh baginda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpagi-pagi seseorang daripada kamu
setiap tulang empat keratnya adalah sedekah, setiap tasbihnya adalah
sedekah, setiap puji-pujiannya adalah sedekah, setiap ucapan Lailaha
illallah ada lah sedekah, setiap takbirnya adalah sedekah, Amar makruf
yang dilakukan adalah sedekah, Nahi mungkarnya adalah sedekah, dia akan
diganjari pahala dengan hal yang demikian, termasuklah dua rakaat
dilakukan pada waktu Dhuha."
( Riwayat Imam Bukhari )
4.Membaca
surah al-Mulk.Feadahnya: Dapat selamatkan pembacanya daripada azab
kubur. Dalilnya baginda s.a.. bersabda: "Sesungguhnya terdapat satu
surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat, ia mampu memberi syafaat
kepada pembacanya dan akan diampunkan dosanya, iaitu surah
Tabarakkallazi Biyadihil Mulk." ( Riwayat hadith Imam Ahmaddan
at-Tirmizi dengan derajat hadith Hasan)
5. Memperbanyakkan
ucapan La Ilaha Illallah Wahdah, La Syarikalah, Lahul Mulku walahul
Hamd, Wahuwa 'Ala Kulli Syaiin Qadir pada setiap hari 100 kali, maka
baginya pembebasan 10 orang hamba, mendapat 100 pahala, dihapuskan 100
dosa dan menjadi bentengan daripada kejahatan syaitan dari pagi sampai
petang."
( Hadith riwayat Imam Muslim )
6. Berselawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Faedahnya: Terlepas daripada menjadi
golongan bakhil/ kedekut. Dallilnya seperti yang disabdakan baginda
s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku
dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasny dengan
sepuluh selawat." ( Hadith riwayat Imam Muslim). Sabdanya lagi: "Orang
yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ke atasku ketika
disebut namaku." ( Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dengan kedudukan
hadith Hsan Gharib Sohih )
7. Mengucapkan Tasbih: "Subhanallahi
Wa Bihamdihi, Subhanallahil 'Azim 100 kali. Faedahnya: Ditanamkan
baginya sebuah pohon kurma dalam syurga. Dalilnya, Nabi bersabda:
"Sesiapa yang berkata Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subahanallhil 'Azim 100
kali, akan ditanamkan baginya sebuah kurma dalam syurga." ( Hadith
riwayat Imam at-Tirmizi dan beliau berkata; Hadith ini Hasan Gharib )
8.
Dengan banyak beristighfar iaitu mengucap "Astaghfirullah' 100 kali.
Faedahnya Allah akan menghilangkan segala kesulitannya serta melapangkan
rezekinya. Dalilnya, seperti yang disabdakan baginda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: "Sesiapa yang membiasakan dirinya dengan
Istighfar/Astaghfirullah ( 100 kali ), maka Allah akan jadikan baginya
jalan keluar daripada segenap kesempitan (hidup), kesusahannya akan
dipermudahkan Allah serta rezekinya akan diperolehi daripada bahan yang
tidak disangka-sangka."
( Hadith riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dengan kedudukan Hadith yang Sohih)
MUDAH-MUDAHAN
KITA DAPAT BERAMAL DENGAN SEBAIK MUNGKIN BAGI MEMPEROLEHI GANJARAN YANG
BESAR DARIPADA ALLAH SWT, SEKALI GUS MEMBUKA JALAN HIDUP KITA DENGAN
AMALAN-AMALAN YANG MAMPU MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH
SWT.AMEEEN...
No comments:
Post a Comment