- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.
- Kamu mengakui bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahya.
- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
- Kamu menguburkan mayat-mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran atas mereka.
No comments:
Post a Comment